Anzalna Serik Dedah Teman Lelaki Kepada Umum

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anzalna memberitahu tidak mahu lagi terlalu mendedahkan kekasihnya kepada umum selepas ini.
Anzalna memberitahu tidak mahu lagi terlalu mendedahkan kekasihnya kepada umum selepas ini.

SHAH ALAM: Aktres Anzalna Nasir mengakui terlalu terbuka mendedahkan identiti kekasihnya iaitu Hanif Zaki kepada umum sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Anzalna, 24, berkata, walaupun cuba berlaku jujur tentang kisah peribadinya namun merasakan sudah tiba masa untuk meletakkan had mengenai perkara itu.

"Sejujurnya memang saya sering ditemani kekasih kerana tidak mempunyai lesen memandu dan dia sering menghantar saya ke lokasi atau sesi fotografi.

"Saya rasa macam terlalu terbuka pula mendedahkan teman lelaki pada khalayak apabila dia sering menemani saya walaupun hanya dua kali membawanya ke majlis rasmi," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Zarraz Paramedical di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, pihak kedua-dua belah keluarga ada merancang untuk menyatukan mereka namun tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu membina kerjaya terlebih dahulu.

Bagaimanapun kata Anzalna, dia mensasarkan untuk menamatkan zaman solonya sebelum mencecah usia 26 tahun dan berharap ia akan menjadi kenyataan.

"Teman lelaki saya baru memulakan kerjayanya dan saya mahu dia mengukuhkan karier terlebih dahulu namun perkara ini ada juga dibincangkan oleh keluarga.

"Insya Allah kalau boleh saya mahu berkahwin sebelum usia 26 tahun," katanya.

Dalam perkembangan lain, Anzalna berkata, tahun ini dia mahu lebih menumpukan perhatian kepada telefilem dan drama bersiri selain mengambil beberapa projek filem jika bersesuaian.

Kata Anzalna, usaha kerasnya semakin menampakkan hasil dan mula mendapat kepercayaan daripada penerbit untuk membintangi dalam drama atau filem terbitan mereka.

"Selepas terlibat dalam kontroversi tahun lalu diakui nama tercalar namun saya lekas bangkit untuk terus berusaha membina nama dan Alhamdulillah ia semakin menampakkan hasil," jelasnya.

Hangat dengan drama bersiri Adam dan Hawa, Anzalna memberitahu dia kini sedang sibuk dibeberapa lokasi penggambaran drama selain sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lain.

Sementara itu, bercakap mengenai produk Zarraz Paramedical, Anzalna berkata, dia bukan bertindak sebagai duta sebaliknya hanya berkongsi kejayaan selepas lapan bulan menggunakan produk kecantikan itu.

Kata Anzalna, produk Zarraz dia yakin dengan produk itu kerana ia dihasilkan 100 peratus daripada bahan semulajadi terpilih dan boleh digunakan oleh lelaki mahupun wanita.

"Kulit saya memang sensitif dan selepas menggunakan dua produk Zarraz iaitu Essence Sebum Gel dan Sun Protection (SPF 50) saya nampak perubahan ketara pada wajah dalam masa singkat," jelasnya.

Kata Anzalna, Zarraz juga menyediakan perkhidmatan spa dengan pelbagai rawatan kecantikan wajah dan badan yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

Spa ini turut berfungsi sebagai pusat jualan produk Zarraz sementara cawangan-cawangan lain dibuka menjelang akhir tahun ini.

Sebarang maklumat atau pertanyaan sila layari laman web www.zarraz.com.my.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan