Keluarga David Beckham Tinggalkan Los Angeles

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David dan keluarganya akan berpindah kembali ke London selepas tidak menyambung kontrak dengan pasukan LA Galaxy.
David dan keluarganya akan berpindah kembali ke London selepas tidak menyambung kontrak dengan pasukan LA Galaxy.

KEPULANGAN keluarga David Beckham ke kampung halaman mereka di London hampir menjadi kenyataan apabila anak-anak mereka telah pun mengadakan majlis perpisahan dengan rakan-rakan sekolah mereka sebelum Hari Krismas lalu.

Pada penghujung tahun 2012, Beckham mengumumkan penarikan dirinya daripada kelab LA Galaxy yang menajanya sepanjang berada di Amerika Syarikat.

Meskipun masih belum mengumumkan tentang karier bola sepaknya, isteri dan empat anaknya dikhabarkan akan kembali menetap di negara asal mereka.

"Di hari terakhir sebelum Krismas, pihak sekolah telah mengumumkan bahawa tiga anak lelaki pasangan itu akan kembali menetap di London dan ibu bapa mereka sendiri turut hadir pada majlis tersebut," ujar sumber kepada Radar Online.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan