Katy Perry Wanita Paling Seksi 2013

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katy Perry dinamakan sebagai Wanita Paling Seksi 2013 oleh majalah Men's Health.
Katy Perry dinamakan sebagai Wanita Paling Seksi 2013 oleh majalah Men's Health.

BELUM pun seminggu tahun 2013 berlalu tetapi majalah Men's Health sudah memberikan hadiah kepada Katy Perry dengan menamakan penyanyi itu sebagai Wanita Terseksi 2013.

Katy, 25, telah mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu pelakon Mila Kunis yang pernah dinobatkan gelaran serupa pada tahun lalu.

Penyanyi lagu I Kissed A Girl itu dipilih berdasarkan wajah, tubuh dan penampilannya yang seksi selain kejayaannya sebagai seorang penyanyi terkenal di seluruh dunia.

Katy sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor British, Russell Brand sebelum bercerai selepas 11 bulan berkahwin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan