"Dalam Setiap Sujud" Pertemukan Fathia & Keith Foo

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon yang menjayakan drama Dalam Setiap Sujud.
Barisan pelakon yang menjayakan drama Dalam Setiap Sujud.

PETALING JAYA: Drama terbaru yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Raja Ahmad Alaudin berjudul Dalam Setiap Sujud bakal menggantikan drama Terlanjur Cinta bermula 8 Januari ini setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam di TV9.

Drama 14 episod itu menggandingkan pelakon Fathia dan Keith Foo sebagai pelakon utama di samping beberapa nama lain seperti Elfaiza Ul Haq, Rozie Othman dan Azlee Khairi.

Dalam Setiap Sujud diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.

Kemunculan istimewa Keith Foo pelakondan model yang berasal dari Malaysia tetapi kini sedang hangat menempa nama di Indonesia buat pertama kali di TV9 dan di Malaysia,pastinya akan meninggalkan impak tersendiri di hati para peminatnya dengan membawakan watak Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi itu.

Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital.

Puan Endah yang juga beka smajikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (AzleeKhairi).

Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).

Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden da nkedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakanJannah?Jangan lupa untuk mengikuti drama menarik Dalam Setiap Sujud ini bagi mengetahui kesudahannya.

iklan

iklan

Produk Berkaitan

Iklan