ALBUM BARU: "Unorthodox Jukebox " Serlah Kematangan Bruno Mars

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Album terbaru Bruno Mars kini berada di pasaran.
Album terbaru Bruno Mars kini berada di pasaran.

ALBUM: Unorthodox Jukebox

ARTIS: Bruno Mars

EDARAN: Warner Music Malaysia

SELEPAS tampil sukses dengan album sulung berjudul Doo-Wops & Hooligans pada 2010, penyanyi terkenal, Bruno Mars tampil dengan buah tangan terbaru yang menampakkan kematangannya dalam berkarya.

Tidak seperti album sulungnya yang lebih santai dan mesra pendengar, Unorthodox Jukebox yang diterbitkan sendiri oleh Bruno dengan bantuan barisan penerbit seperti Diplo, Mark Ronson dan The Smeezingtons mengetengahkan muzik Motown yang cukup terkenal pada tahun 1960-an.

Dengan suntikan sarat R&B tema yang diangkat berjaya menghasilkan muzik segar dan percaturan itu nyata menjadi selain menyerlahkan kredibiliti Bruno sebagai penyanyi, penulis lirik dan pencipta lagu.

Manakala vokalnya sangat konsisten pada setiap lagi dan tidak mengecewakan seperti mana album pertamanya.

Mempertaruhkan single petama iaitu Locked Out of Heaven, Bruno berjaya mencuri perhatian pendengar dengan irama rancak yang 'pelik' namun segar.

Single keduanya, When I Was Yor Man adalah sebuah lagu yang cukup menyentuh perasaan dengan liriknya yang mendalam.

Secara keseluruhannya, Unorthodox Jukebox adalah sebuah album yang penuh dengan explorasi penyanyi berusia 27 tahun itu yang bermain dengan muzik pop, melodi, lirik dan suaranya yang cukup mengagumkan.

Ia adalah satu kesinambungan yang bijak selepas berjaya dengan album pertamanya.

Lagu pilihan mStar Online: When I Was Your Man, Locked Out of Heaven, If I Knew, Young Girls, Natalie.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan