Emma Stone Rasa Lucu Terima Anugerah Pakaian Terbaik

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Emma dinamakan sebagai selebriti berpakaian terbaik 2012 oleh majalah Vogue.
Emma dinamakan sebagai selebriti berpakaian terbaik 2012 oleh majalah Vogue.

PELAKON Emma Stone menjelaskan pemilihannya sebagai Selebriti Berpakaian Terbaik 2012 oleh majalah Vogue adalah sesuatu yang lucu.

Emma berkata, kebanyakan pakaian yang dipakai sebelum ini adalah atas bantuan daripada juru gayanya, Petra Flannery yang mahu dia kelihatan menarik di majlis-majlis rasmi.

Aktres berusia 24 tahun ini berkata, Petra tahu cita rasanya yang tidak gemar dengan pakaian yang terlalu serabut dengan perhiasan dan tampak lebih berusia daripada umur sebenarnya.

"Saya juga berterima kasih kepada ibu saya kerana sejak kecil lagi dia banyak mendidik saya tentang apa yang patut dipakai oleh seorang wanita," jelasnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan