Aliff Aziz Mengaku Pernah Kritik Kerjaya Pelakon

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aliff Aziz
Aliff Aziz

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz mengakui sebelum ini pernah mengkritik lakonan segelintir pelakon di televisyen (TV) dan filem apabila melihat aksi mereka yang kelihatan kaku.

Bagaimanapun, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 21, berkata, pandangan skeptikal itu terus berubah apabila dia mula menjinakkan diri dalam bidang seni.

"Sebelum ini saya selalu mengutuk lakonan segelintir pelakon di TV dan filem. Kemudian baru saya sedar yang saya tidak patut bersikap menghakimi tanpa mengambil tahu betapa sukarnya mereka bekerja sepanjang penggambaran sesebuah penerbitan.

"Ada yang tidak tidur dan bersengkang mata sehingga waktu Subuh kerana ingin menghabiskan babak lakonan mereka.

"Namun, sejak menjinakkan diri dalam bidang lakonan, baru saya faham cara mereka bekerja, rupa-rupanya bukanlah senang. Saya tabik dengan insan seni bernama pelakon," katanya.

Tambah Aliff yang sudah pun membintangi drama Antara kita, Sepai dan Cinta VeLog dia juga agar sukar mahu membiasakan diri dengan kerja-kerja lakonan yang membabitkan masa kerja yang sangat panjang.

"Tidak seperti kerja-kerja nyanyian, kita hanya dipertanggungjawabkan menyanyi masa itu sahaja dan selepas itu dah boleh balik.

"Lain pula buat pelakon, Mereka kena tunggu giliran babak masing-masing selain perlu bersabar menunggu krew produksi menyediakan set penggambaran terbabit," ujarnya.

Sementara itu, Aliff juga mengakui kagum dengan pencapaian pelakon kelahiran negaranya, Singapura iaitu Aaron Aziz yang berjaya melakar nama di industri seni tempatan dan menjadikan lelaki itu sebagai inspirasi untuk memajukan diri.

Malah jatuh bangun karier Aaron menjadi panduan buat Aliff agar dirinya juga sentiasa kuat dan tabah mengharungi pelbagai dugaan yang bakal tiba.

"Mencari rezeki di negara orang bukannya senang kerana ada yang tidak senang dengan kehadiran artis Singapura seperti kami ini cuba merampas periuk nasi artis-artis tempatan.

"Namun, Aaron berjaya membuktikan yang dia hanya bekerja di negara ini demi mencari rezeki yang halal dan lihatlah lakaran nama yang dia telah buat. Saya juga ingin menjadi seperti Aaron satu hari nanti," tuturnya.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan