Vanidah Tidak Halang Rashidi Aktif Semula Dalam Muzik

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rashidi memberitahu mendapat sokongan penuh daripada isterinya untuk kembali aktif dalam bidang muzik.
Rashidi memberitahu mendapat sokongan penuh daripada isterinya untuk kembali aktif dalam bidang muzik.

PETALING JAYA:Pelakon Rashidi Ishak menjelaskan isterinya, aktres Vanidah Imran tidak pernah menghalang dia untuk kembali aktif dalam bidang muzik yang telah lama ditinggalkan sebelum ini.

Rashidi berkata, isterinya itu sering menjadi pendorongnya dan rakan-rakan lain dalam kumpulan Dead Mushroom untuk kembali aktif sebagai pemain muzik.

"Walaupun selepas berkahwin saya kelihatan lebih banyak berlakon daripada memberikan tumpuan dalam bidang muzik tetapi itu tidak bererti dia (Vanidah) menghalang saya.

"Malah dia sentiasa menyokong penuh perjuangan saya bersama Dead Mushroom kerana itu adalah minat yang masih menjadi keutamaan saya," jelasnya kepada mStar Online.

Malah kata Rashidi, dia dan rakan-rakannya akan menghasilkan sebuah album mini pada tahun ini yang sedang dalam proses pembikinan sebagai persediaan bagi melancarkan kembali kerjaya muzik mereka.

Dalam pada itu, Rashidi berkata, Vanidah juga telah menghadiahkan sebuah gitar sebagai tanda sokongan yang mahu melihat suaminya itu kembali aktif dalam bidang berkenaan.

Malah kata Rashidi, dia juga sering menjalani latihan apabila mempunyai masa lapang bagi memantapkan lagi kemunculan mereka nanti.

"Saya cukup terharu apabila isteri menghadiahkan sebuah gitar yang telah menjadi idaman saya sebagai tanda sokongannya kepada saya.

"Vanidah sentiasa menjadi tulang belakang saya dalam apa yang saya lakukan," jelasnya.

Sementara itu, selain album baru bersama Dead Mushroom, Rashidi juga bakal muncul dengan filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit arahan Mamat Khalid pada 9 Februari depan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan