Yuna Tarik Diri Beraksi Di AJL27

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yuna
Yuna

PETALING JAYA: Penyanyi, Yunalis Zarai atau Yuna terpaksa menarik diri daripada beraksi pada kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini.

Menurut laporan Harian Metro, pengurus kepada penyanyi itu, Nor Zaina Wardah (Wawa) memberitahu, keputusan muktamad itu dibuat pada saat-saat akhir kerana penyanyi itu terpaksa memberikan komitmen dalam proses rakaman albumnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Bukan sengaja Yuna mahu menghampakan peminat. Tetapi dia sekarang ini masih dalam proses rakaman album terbaru.

"Kebetulan sekarang Yuna tidak lagi bernaung di bawah Fader Label dan telah menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman utama di Los Angeles, jadi dia terikat dengan komitmen yang bertembung dengan AJL27," katanya.

Tambah Wawa, dia terpaksa merahsiakan dahulu nama syarikat rakaman yang disertai Yuna itu.

Bagaimanapun, Yuna membenarkan lagunya iaitu Terukir Di Bintang dipertandingkan dengan menampilkan penyanyi gantian.

“Buat masa ini kami belum memutuskan siapakah yang menggantikan Yuna kerana senarai nama yang dicadangkan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak TV3.

Apa-apa pun, esok, penyanyi gantian akan dibuat dan dipilih berdasarkan kepada kesesuaian vokal penyanyi.” ujar Wawa lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan