Qalam Band Hidupkan Nostalgia Pop Rock - Berita Hiburan | mStar

Qalam Band Hidupkan Nostalgia Pop Rock

Diterbitkan: Sabtu, 29 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Qalam Band pertaruhkan single lagu pertama mereka, 'Dilamun Rindu'. Foto AZMAN GHANI
Qalam Band pertaruhkan single lagu pertama mereka, 'Dilamun Rindu'. Foto AZMAN GHANI

PETALING JAYA: Kumpulan baru yang dibarisi golongan remaja, Qalam Band ingin mengembalikan genre muzik pop rock 90-an menerusi pertaruhan lagu pertama mereka berjudul Dilamun Rindu.

Salah seorang ahlinya, Faizwan Farman Farod Hasfardy, 17, (gitaris) berkata, Dilamun Rindu merupakan nyanyian asal kumpulan Baronbros ciptaan komposer Singapura, Apit dirasakan bakal menarik minat ramai kerana susunan muzik segar yang dibawakan mereka.

"Jika diperhatikan, lagu-lagu berkonsepkan pop rock seperti ini masih lagi boleh 'hidup' dalam industri muzik tempatan walaupun pelbagai genre menjadi fenomena. Ia tetap diterima ramai.

"Pertaruhan muzik 90-an bagi remaja seperti kami juga menunjukkan yang masih ramai lagi golongan seusia kami meminati lagu-lagu sebegini. Apalagi dengan sentuhan muzik urban dan imej pop yang dibawakan," katanya selepas sesi fotografi di Menara Star, di sini, Jumaat.

Selain Faizwan, Qalam Band dianggotai oleh Muhammad Zainol Mohd. Nor, 16, selaku vokalis, Alias Mohd. Esa, 17, sebagai pemain drum, Mohamad Hanif Omar, 18, (pemain keyboard) dan Wan Mukhammad Mukhrizad Wan Mokhtar, 18 (vokalis kedua).

Tambah Hanif pula, dia yakin dengan penerimaan peminat lebih-lebih lagi selepas mendapati jumlah tontonan lagu yang dimuatkan dalam laman YouTube telah pun mencecah 59,893 walaupun tanpa klip video.

Sementara itu, penubuhan Qalam Band bermula apabila Alias menyertai sebuah program uji bakat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ipoh, Perak dan telah bertemu dengan Ketua Bahagian Rancangan Perak FM, Fauzi Ramli, yang memintanya untuk menubuhkan sebuah kumpulan muzik.

"Pada mulanya kumpulan ini ditubuhkan dengan menggunakan nama Ajim Band dan ditukar kepada CNC Band. Bagaimanapun kerana terdapat beberapa masalah sedikit ia ditukar kepada Qalam band.

"Nama itu diberikan oleh seorang komposer Othman Mahmood selepas bernaung sebagai artis rakaman di bawah syarikatnya, Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd sekitar Jun lalu," ujar Zainol pula.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan