Pengarah Yakin ‘Debunga Lalang’ Jadi Pilihan 'Makcik Makcik'

Diterbitkan: Sabtu, 29 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azma percaya drama terbaharu arahannya Debunga Lalang akan memikat penggemar drama Melayu. - Foto oleh LOW BOON TAT
Azma percaya drama terbaharu arahannya Debunga Lalang akan memikat penggemar drama Melayu. - Foto oleh LOW BOON TAT

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Azma Aizal Yusoof percaya drama bersiri terbaharu arahannya iaitu Debunga Lalang akan memikat penonton wanita dewasa kerana jalan cerita yang dekat dengan golongan itu.

Azma, 30, berkata, kesimpulan itu diambil berdasarkan pemerhatiannya terhadap selera dan kecenderungan ibunya sendiri yang gemar menonton drama yang mempunyai elemen konflik kekeluargaan dan emosi.

“Saya rasa ‘makcik-makcik’ akan tunggu depan televisyen (TV) apabila drama ini keluar nanti.

“Kaji selidik saya menunjukkan keluarga sendiri terutama ibu akan setia menunggu drama-drama TV yang mempunyai jalan cerita begini,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, ibu dan keluarganya kurang mengambil perhatian pada beberapa karya kontemporari atau moden yang dihasilkan sebelum ini berbanding drama kekeluargaan dan kemelayuan.

“Saya lihat mereka (keluarga) kurang menggemari atau ambil perhatian pada drama kontemporari yang pernah dihasilkan sebelum ini berbanding cerita mengenai keluarga dan emosi.

“Ketika saya terima skrip tulisan Nieza Nahar ini yang memaparkan kisah konflik keluarga, hati saya begitu tersentuh dan percaya tema begini begitu dekat dengan selera penonton Melayu,” jelasnya.

Ditanya mengenai persamaan naskhah itu dengan siri Kerana Cintaku Saerah yang pernah ditayangkan pada 2007, Azma berkata, perkara tersebut mungkin berlaku secara kebetulan kerana barisan pelakon dan garapan yang lebih kurang sama.

“Ia secara kebetulan sahaja. Tidak adil untuk buat perbandingan sebab drama Kerana Cintaku Saerah itu klasik nilainya.

“Mungkin genre, garapan dan barisan pelakon lebih kurang sama tetapi ceritanya sama sekali berbeza.

“Debunga Lalang memaparkan konflik keluarga dan tidak membabitkan kisah cinta kekasih langsung,” ulasnya yang masih menjalani baki penggambaran drama itu sehingga awal Januari depan.

Drama bersiri 20 episod itu akan ditayangkan bermula 2 Januari depan menerusi slot Azalea pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 4 petang di TV3.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan