Naib Juara Vokal 2, Mar Utamakan Sabah Untuk Cipta Nama

Diterbitkan: Jumaat, 28 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mar mahu mengukuhkan namanya sebagai penyanyi di negeri kelahiranya, Sabah. Foto AZLINA ABDULLAH
Mar mahu mengukuhkan namanya sebagai penyanyi di negeri kelahiranya, Sabah. Foto AZLINA ABDULLAH

SHAH ALAM: Naib Juara program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua (Vokal 2), Mar ingin menaikkan namanya sebagai penyanyi di negeri kelahirannya di Sabah sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur (KL) menyertai industri muzik tanah air.

Mar atau nama sebenarnya Marlleynney Fane J.L Paul,25, berkata, dia ingin membalas jasa-jasa peminatnya yang menghabiskan wang mengundinya sepanjang menyertai program realiti itu.

"Memang ramai yang suruh saya berpindah ke KL bagi memudahkan kerja-kerja nyanyian saya nanti.

"Tetapi apabila difikirkan, biarlah saya berbakti kepada negeri kelahiran saya dahulu. Lagipun pasaran di sana juga amat bagus dan peminat-peminat tidak pernah berbelah bahagi menyokong penyanyi Sabah.

"Saya percaya, di mana kita berada sekali pun, jika ada usaha dan strategi yang tersendiri, maka kejayaan akan menyebelahi kita," katanya.

Mar berharap agar dia tidak menjadi seperti sesetengah penyanyi realiti Sabah lain yang hanya popular untuk sementara waktu dan kemudiannya terus terkubur.

"Tidak semua penyanyi realiti Sabah yang terus tenggelam daripada bidang nyanyian kerana peminat-peminat negeri kami masih lagi menyokong mereka.

"Namun, saya harap, langkah pertama saya selepas keluar daripada Vokal 2 tidak akan berhenti di tengah jalan sebaliknya akan terus maju ke depan dalam bidang yang saya sayangi," tuturnya.

Dalam pada itu, selain bakal mempromosikan single lagu terbarunya berjudul Maafkanlah Cinta ciptaan Ajai, dia juga merancang untuk muncul single seterusnya selepas ini.

Sementara itu, Mar berhasrat ingin menggunakan wang kemenangannya sebanyak RM30,000 itu untuk mengubah suai kediaman keluarganya.

Dalam pertandingan Vokal 2 yang disiarkan di TV3 pada Rabu lalu, Uchop atau nama sebenarnya Mohmad Yusof Ahmad, 28, terpilih sebagai juara dan memperoleh wang tunai sebanyak RM100 ribu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan