Ben Affleck Nafi Bakal Bergelar Senator

Diterbitkan: Khamis, 27 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ben Affleck
Ben Affleck

BOSTON: Aktor Ben Affleck menolak dakwaan kononnya dia bakal menggantikan tempat Senator John Kerry yang dijangka dilantik sebagai Setiausaha Negeri Massachusettes.

Dalam kenyataannya menerusi kemas kini di Facebook pada Isnin (waktu tempatan), Affleck berkata dia tidak akan menyertai bidang politik walaupun meminati cabang berkenaan.

Spekulasi tersebut timbul apabila aktor yang berasal dari Cambridge, Massachusetts itu berkata dia tidak menolak peluang untuk bergelar Senator ketika muncul dalam program Face The Nation di saluran CBS, baru-baru ini.

Menerusi kemas kini di laman sosial itu, Affleck berkata, dia akan meneruskan tanggungjawab dalam organisasi kebajikan Eastern Congo Initiative dalam membantu masalah-masalah kemanusiaan.

Suami kepada aktres Jennifer Garner juga percaya Kerry akan menjadi Setiausaha Negeri yang hebat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan