Muaz Pilih 2013 Tamatkan Zaman Solo

Diterbitkan: Selasa, 25 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muaz mengambil keputusan untuk berkahwin pada Februari 2013 selepas tujuh tahun menjalin hubungan dengan kekasihnya.
Muaz mengambil keputusan untuk berkahwin pada Februari 2013 selepas tujuh tahun menjalin hubungan dengan kekasihnya.

KUALA LUMPUR: Penyampai radio dan pengacara Muaz Mohamed mengesahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih yang dikenali sejak tujuh tahun lalu pada Februari 2013.

Pemilik nama penuh Muazanazzudin Mohamed, 28, itu berkata, dia mengambil keputusan untuk memperisterikan Ediana yang bekerja dalam bidang pemasaran selepas mengukuhkan kewangan dan kerjaya masing-masing.

"Kami sudah berkawan sejak belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) lagi. Kami ada keserasian dan berkongsi susah dan senang bersama.

"Saya ambil masa selama tujuh tahun untuk melamar Ediana kerana ingin mengukuhkan kewangan dan kerjaya dahulu. Kini kami sudah bersedia," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pengacara program Diva @1 (TV1) ini enggan mendedahkan butiran persiapan perkahwinan itu kerana dia belum bersedia untuk berbuat demikian.

"Apa yang saya boleh katakan buat masa ini, kami akan bernikah pada Februari depan.

"Tetapi saya belum bersedia untuk berkongsi butiran majlis secara terperinci kerana ia masih dalam persiapan," jelasnya yang mengikat tali pertunangan pada April lalu.

Tambah Muaz, majlis pernikahan itu akan diadakan secara ringkas khusus untuk keluarga dan kenalan media yang rapat.

"Saya bukannya dikenali sangat. Segan pula hendak kecoh-kecoh mengenai majlis ini.

"Tunggulah apabila tiba masanya, saya akan maklumkan kepada kenalan media terdekat yang banyak membantu kerjaya selama ini," kongsinya.

Selain tugasan penyampai di Nasional FM, Muaz juga mengacarakan program Generasi Y di TV1.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan