'Muzikal Ali Baba' Papar Set Pentas Ala Disney

Diterbitkan: Isnin, 24 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muzikal Ali Baba diterjemahkan dengan nafas baru yang 'lari' daripada acuan asal filem klasik itu. - Foto oleh LOW BOON TAT
Muzikal Ali Baba diterjemahkan dengan nafas baru yang 'lari' daripada acuan asal filem klasik itu. - Foto oleh LOW BOON TAT

KUALA LUMPUR: Pementasan terbaru Muzikal Ali Baba arahan Lokman Ghani ada gaya tersendiri.

Naskhah yang berinspirasikan filem komedi seniman agung Tan Sri P. Ramlee itu diterjemahkan dengan nafas baru yang 'lari' daripada acuan asal filem klasik itu.

Keberkesanan teater Ali Baba terbukti dengan hilai tawa penonton khususnya remaja dan kanak-kanak pada malam pembukaan pementasannya pada Jumaat lalu.

Malah, eksperimen Lokman juga melangkaui jangkaan apabila pengarah itu berani menyelitkan elemen lagu fenomena Gangnam Style nyanyian dan ciptaan Psy dalam pementasan itu.

Elemen itu diselitkan ketika babak Ketua Penyamun lakonan Aznil Hj Nawawi sedang meraikan hasil rompakan mereka di luar kawasan gua persembunyiannya dan 40 penyamun.

Berdasarkan respons daripada penonton remaja dan cilik, ternyata pendekatan itu berhasil dan memikat hati mereka.

Bagaimanapun, jika dilihat pada sudut berbeza, pemilihan lagu yang sudah berpuluh kali kita lihat sebagai parodi dalam sketsa atau persembahan pentas sebelum ini membuatkan ia sesuatu yang klise dan 'basi' dalam Ali Baba.

Nilai komedi yang digarap Lokman dilihat berjaya menerusi lakonan yang baik daripada Aznil Hj Nawawi sebagai Ketua Penyamun, Ebby Yus (Kassim Baba), Danish Zakwan (Sarjan) dan Najua P. Ramlee (Aloyah).

Gaya dan kespontanan mereka melontarkan dialog dan jenaka menceriakan suasana.

Namun, itu tidak bermakna persembahan Fizo Omar (Ali Baba) dan Elfira Loy (Marjina) tidak menyerlah.

Mungkin nilai komedi mereka tidak segah Ebby atau Aznil tetapi penterjemahan dua pelakon ini terhadap watak masing-masing menjadi dalam gaya sendiri.

Dalam menyaksikan Ali Baba, kita perlu berlaku adil dengan tidak membandingkan teater ini dengan filem asalnya.

Jika versi 2006 muzikal ini disasarkan pada golongan kanak-kanak, pementasan pada kali ini pula lebih besar dan matang untuk penonton remaja.

Terima dan nikmatilah karya ini dengan 'rasa' yang baru, nescaya anda akan terhibur.

Nilai tambahan yang ditawarkan produksi Istana Budaya ini menerusi set dan peralatan pentas (props) yang berskala besar dan ekstravaganza memang memukau.

Muzikal ini bukan sahaja menghiburkan melalui plot dan skripnya, malah set dan peralatan ala-ala filem animasi dan fantasi Disney serta Dreamworks itu membuai tumpuan penonton.

Ali Baba kini dipentaskan bermula malam Jumaat lalu hingga 29 Disember ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan