Masalah Bahasa Ganggu Penggambaran 'Bikers Kental' Di Thailand

Diterbitkan: Isnin, 24 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Helmi (atas, tengah) bersama barisan pelakon filem 'Bikers Kental'. Foto Low Boon Tat
Helmi (atas, tengah) bersama barisan pelakon filem 'Bikers Kental'. Foto Low Boon Tat

KUALA LUMPUR: Kesukaran berkomunikasi dengan pihak warga negara Thailand membuatkan penggambaran filem Bikers Kental terpaksa menerima pelbagai halangan sepanjang berada di nengara itu sekitar Mei lalu.

Menurut pengarahnya, Helmi Yusof, kesukaran itu membuatkan dia bersama krew penggambaran sering dimarahi lebih-lebih lagi ketika ingin berurusan meminta kebenaran membuat penggambaran.

"Seksa juga nak berurusan dengan mereka. Asyik kena marah sahaja daripada mereka. Mungkin ini kerana masalah bahasa sehingga ia menimbulkan salah faham dan kemarahan

"Sepanjang pengambaran kembara bermotosikal ini, masalah kerosakan motorsikal dan kesesakan lalu lintas turut menjadi faktor kesukaran kami bekerja.

"Malah pihak produksi dimarahi oleh pengguna jalan raya akibat kesesakan yang berlaku semasa berlangsungnya pengambaran," katanya.

Tambah Helmi, bagaimanapun dia bersyukur cabaran yang dihadapi mereka dapat diatasi dengan baik.

Filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd yang bakal ditayangkan pada pertengahan 2013 itu telah menjalani penggambarannya di sekitar Krabi, Hatyai dan Sadao, Thailand.

Dalam pada itu, sebanyak sembilan buah motosikal berkuasa tinggi seperti Aprilia RSV4, Aprilia tuono, Aprolia Mana, Harley-Davidson Dyna, Sportster XR1200x dan Naza Blade di bawa ke negara tersebut.

Sementara itu, pengurus besar Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, pihaknya telah mendapatkan kerjasama daripada pihak Naza Motor untuk menaja motor-motor itu sepanjang penggambaran dijalankan.

"Ini merupakan filem pertama terbitan Astro Shaw yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi sebagai subjek penceritaan dan pihak kami harap ia dapat memberikan kelainan dalam filem ini," katanya.

Bikers Kental melibatkan sebanyak sembilan pelakon utama iaitu Zizan razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Amerul Affandi, Sufian Mohamed serta dua pelakon wanita Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem.

Filem berkonsepkan pengembaraan konvoi ke Thailand itu merupakan cetusan idea pengarahnya sendiri yang sangat meminati motosikal berkuasa tinggi.

Kisahnya bermula apabila seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa (Zizan), mempunyai minat yang mendalam dengan motor berkuasa tinggi.

Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar itu dari Kuala Lumpur sehingga ke Thailand.

Walaupun merupakan seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi ramai, dan telah ditawarkan untuk berkonvoi bersama–sama dengan kumpulan motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan