Sempena Cuti Sekolah, Astro Ceria Siarkan 6 Program Baru

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Whazupp Ceria
Whazupp Ceria

PETALING JAYA: Bersempena dengan cuti sekolah, Astro Ceria (Saluran 611) menyajikan program-program menarik buat penonton cilik sepanjang Disember ini.

Sebanyak enam buah program baru telahpun disusun termasuklah tiga buah telefilem mencuit hati iaitu Cucu Tok Aki, Rizal Dan Terowong Masa serta tiga buah program hiburan iaitu Whazupp Ceria, Tom Tom Bak 'All Stars' dan Kan Dah Kena!.

Sepanjang Disember ini, Whazupp Ceria akan disiarkan setiap hari pukul 8.55 pagi dan 4.25 petang untuk mengetahui intisari rancangan sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, penonton juga berpeluang memenangi hadiah menarik dengan memasuki penyertaan 'Kuiz Mingguan' di mana mereka dikehendaki mengumpul soalan-soalan harian selama seminggu untuk memenangi hadiah tersebut.

Program Kan Dah Kena! pula merupakan sebuah program ‘prank’ yang melibatkan kanak-kanak mengenakan orang dewasa.

Dikemudikan oleh tiga pengacara iaitu Nabil, Aril dan Rykarl, program 30 minit ini merangkumi tiga segmen iaitu ‘mini prank’ yang terdiri daripada helah kecil daripada pengacara serta ‘prank utama’ yang bakal menjadi kemuncak utama program ini.

Program lapan episod ini akan bersiaran pada setiap hari Sabtu pukul 11.30 pagi bermula 8 Disember 2012.

Manakala telefilem Rizal Dan Terowong Masa akan bersiaran pada 22 Disember 2012 pukul 9 pagi di mana ia dibintangi oleh Aril AF, Kilafairy, Shahzuan Aiman Baharum dan Megat Terawih.

Telefilem ini mengisahkan tentang Rizal yang sombong, dan tidak menghormati kawan dan disebabkan perangainya itu, Rizal telah ditegur oleh Pak Jais, tukang kebun sekolah supaya berkelakuan baik. Selain itu, nantikan juga tayangan Cucu Tok Aki pada 29 Disember 2012 pukul 9 yang menampilkan lakonan mantap oleh Vanida Imran, Ezzrin Loy, Hadi (Idola Kecil), Layla Sania, Abu Bakar Omar dan Danial Muhammad.

Ia mengisahkan tentang Faiz dan Fikri yang duduk bersama ibu tunggal mereka. Ibu mereka sibuk menguruskan tugasnya di pejabat sehingga mengabaikan kedua-dua anaknya.

Untuk mendisplinkan mereka, ibunya mengambil keputusan untuk menghantar Faiz dan Fikri tinggal bersama bapa mereka, Tok Aki.

Jangan ketinggalan pula menonton program Tom Tom Bak 'All Stars' pada 30 Disember ini pukul 12 tengah hari yang turut diceriakan dengan kehadiran selebriti-selebriti jemputan tanah air seperti Harris Alif, Nur Syuhada, Aril AF, Sleeq, Daiyan Trisha, Hadziq, Mia Sara, Rykarl, Jamilah Abu Bakar, Elfira Loy, Farhan (Kamilah Bintang), Aizat, VIP dan Aliff Satar.

Episod istimewa ini turut mengekalkan Pak Nil sebagai hos dengan penampilan istimewa oleh adik Hadziq.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan