Anak-Anak Trauma Kerana Watak Jahat Norish Karman

Diterbitkan: Sabtu, 22 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norish Karman
Norish Karman

PETALING JAYA: Pelakon Norish tidak mahu lagi melakonkan watak antagonis kerana ia meninggalkan kesan trauma kepada anak-anaknya.

Norish atau nama sebenarnya Nor’asikin Karman, 36, berkata, hasrat itu bagi memenuhi permintaan ketiga-tiga anaknya iaitu Muhammad Haqiem Armany, 13, Muhammad Hardy Amieran, 9, dan Putri Hany Amanda, 8, yang tidak menyukai ibu mereka kerap menggalas watak jahat.

“Anak-anak saya tidak suka ibu mereka membawa watak jahat dalam drama televisyen (TV) atau filem yang mereka tonton.

“Mereka kata saya bukan orang yang jahat kerana saya bertenaga, ceria dan kelakar terhadap orang keliling.

“Susah hendak saya jelaskan kepada mereka sehingga terpaksa berbohong kerana mereka sangat trauma,” katanya kepada mStar Online.

Justeru, pelakon filem Kahwin 5 itu berkata, dia berharap pihak penerbit dan pengarah dapat menawarkan watak yang variasi dan berbeza kerana dia berkemampuan untuk menterjemahkan pelbagai karakter.

“Kalau boleh, saya tidak mahu lagi bawa watak antagonis. Masalahnya dengan industri kita, bila seseorang pelakon itu berkesan bawa sesuatu watak, dia akan terus diberikan karakter yang sama berulang-kali.

“Kalau kita tidak ambil, nanti kena gam pula. Peluang untuk melakonkan watak yang variasi sangat terhad,” katanya yang melakonkan watak komedi sebagai Monalisa dalam filem Kahwin 5 itu.

Norish berkata, senario itu terjadi kerana sikap penggiat industri yang tidak terbuka dalam menawarkan peluang lakonan kepada artis tanah air.

“Orang (penggiat industri) tidak terbuka dan mereka letakkan saya di tahap tertentu kononnya pelakon yang ada kelas tersendiri sehingga tidak mahu menawarkan watak-watak berbeza.

“Walhal, saya boleh melakukan apa sahaja watak dan sanggup belajar serta bereksperimen dengan pelbagai watak, cuma peluang itu tiada,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan