Waspada Taktik ‘Pengarah’ Cabul Bakat Baru

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri Zed Zaidi, Abdul Rahim Awang dan Khir Mohd Noor.
Dari kiri Zed Zaidi, Abdul Rahim Awang dan Khir Mohd Noor.

KUALA LUMPUR: Individu yang ingin menjalani uji bakat sebagai pelakon adalah dinasihatkan agar meminta kad keahlian daripada pihak berkenaan yang dikeluarkan oleh persatuan seni di negara ini bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Naib Presiden, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Abdul Rahim Awang, berkata, ia berikutan terdapat laporan ada individu yang mendakwa mereka pengarah filem tetapi bertindak mengambil kesempatan termasuk melakukan cabul sehingga menjejaskan nama baik persatuan itu.

"Saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang dan semua bakat baru terutamanya wanita hendaklah meminta kad ahli daripada mereka yang mendakwa sebagai pengarah filem atau drama untuk pengesahan supaya tidak berlaku ada pihak yang menyamar.

"Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi pejabat FDAM atau mana-mana persatuan seni lain yang diiktiraf sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Abdul Rahim berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang melaporkan mengenai seorang wanita berusia 21 tahun telah dicabul individu yang mendakwa sebagai pengarah ketika menjalani uji bakat.

Dalam satu lagi kes berasingan, seorang lelaki sanggup mengadakan sesi uji bakat palsu yang diadakan bertujuan melakukan serangan seksual terhadap mangsanya.

Selain FDAM, sidang media yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Khamis turut dihadiri Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi dan Presiden, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Noor.

Tambah Abdul Rahim, kedua-dua lelaki itu juga bukanlah ahli mana-mana persatuan seni di negara ini.

Dalam perkembangan lain ketiga-tiga persatuan seni tersebut akan bergabung untuk menjadi sebuah 'badan bertindak' sekiranya terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan bersama dalam industri hiburan tempatan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan