Aliff Aziz Sudah Bangkit Selepas Kemusnahan Cinta

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aliff Aziz
Aliff Aziz

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz enggan mengenangkan memori dan kekecewaan daripada kegagalan hubungan cinta dengan pelakon Anne Ngasri kerana menganggap kisah itu sudah menjadi sejarah.

Pemilik nama sebenar Mohammad Aliff Aziz, 21, ini berkata, dia sudah bangkit daripada kegagalan itu dan mahu lebih fokus pada diri, keluarga dan kerjaya bermula 2013.

“Yang lepas biarlah lepas. Kisah saya dengan Anne Ngasri sudah bernoktah dan berakhir. Saya tidak mahu fikirkan lagi.

“Saya mahu meningkatkan kekuatan mental dan fizikal agar lebih fokus pada diri sendiri, kerjaya dan keluarga bermula tahun hadapan,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Hubungan Aliff dan Anne berakhir pada September lalu selepas hampir lapan bulan menjalin hubungan.

Kurang dua bulan selepas itu, Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, membuat kejutan apabila dia mengikat tali pertunangan dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40, pada 11 November lalu.

Pasangan itu memilih 22 Disember ini untuk diijabkabulkan. Jejaka kelahiran Kota Singa ini berkata, dia berterima kasih kepada penyanyi Adira kerana banyak memberikan semangat ketika dia dalam kemurungan selepas hubungan dengan Anne berakhir.

“Bohonglah kalau saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku tetapi saya dapat kekuatan untuk bangkit daripada Tuhan, rakan-rakan dan keluarga.

“Ketika saya berduka dan murung, Adira adalah kawan yang banyak memberikan sokongan dalam segenap aspek.

“Saya perlu beri penghargaan setinggi-tingginya kepada Adira kerana dia seorang rakan yang baik dan memahami,” jelasnya sambil menegaskan hubungan mereka hanya berlandaskan persahabatan.

Ditanya mengenai pengajaran diperoleh daripada keretakan hubungan itu, Aliff berkata, peristiwa itu mengajarnya untuk tidak menyesali setiap kesilapan yang dilakukan kerana ia mengenali realiti kehidupan.

“Saya tidak pernah kesal dengan apa juga kesilapan yang berlaku kerana ia membuka mata untuk mengenali kehidupan sebenar.

“Pada usia yang muda iaitu 21 tahun saya dapat mengenali pelbagai ragam manusia dan dapat melihat sikap hipokrit manusia.

“Mungkin pada keadaan tertentu saya terpaksa bersikap hipokrit tetapi hipokrit terburuk apabila kita menggunakan platform agama untuk nampak baik,” ulasnya yang semakin aktif membina otot badan di gimnasium.

Aliff kini sedang popular dengan lagu berjudul Keajaiban Cinta duet bersama Adira yang juga lagu tema drama bersiri Tiara.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan