Aidil Hadir Proses Sulh Hak Penjagaan 2 Anak

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aidil Zafuan
Aidil Zafuan

SEREMBAN: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, Selasa, bagi proses sulh hak penjagaan dua anak lelakinya.

Menurut laporan akhbar Harian Metro, Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, proses sulh hari pertama hanya membabitkannya dan pegawai Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, manakala isterinya juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 33, tidak dapat hadir saat akhir.

“Proses sulh pertama tetap diteruskan kerana tarikh sudah ditetapkan oleh mahkamah dan akan disambung pada tarikh ditetap kelak menerusi surat dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan,” katanya.

Peguamnya, Noor Ariff Delia ketika ditemui di pejabatnya di Senawang, berkata Aidil memfailkan permohonan sulh itu pada 1 November lalu bagi mencari jalan penyelesaian awal terhadap hak penjagaan anak.

“Proses sulh bertujuan mencari jalan penyelesaian antara pasangan suami isteri itu bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat keadilan.

"Tuntutan hak penjagaan anak ini boleh dilakukan walaupun pasangan tidak bercerai,” katanya.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 kerana tidak mendapat restu keluarga Aidil dan mereka dikatakan tinggal berasingan sejak enam bulan lalu selepas pemain pertahanan kebangsaan itu meninggalkan rumah mereka di Damansara, Selangor.

Pada 15 Mei lalu, Aidil menarik balik permohonan cerai terhadap Rita Rudaini atas alasan ingin berbaik semula.

Sementara itu, Rita Rudaini memfailkan permohonan hak penjagaan anak di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari, Petaling Jaya, Selangor pada 13 Disember lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan