Rashidi Ishak Tidak Puas Berlakon Drama

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rashidi memberitahu dia kini hanya menumpukan kepada lakonan filem.
Rashidi memberitahu dia kini hanya menumpukan kepada lakonan filem.

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Rashidi Ishak mengakui tidak puas berlakon dalam drama atau telefilem apabila pihak produksi sering memberikan watak yang sama kepadanya.

Rashidi berkata, sebagai seorang pelakon yang telah lama terlibat dalam industri lakonan, dia memerlukan sesuatu yang lebih mencabar untuk membuktikan keupayaannya sebagai aktor.

"Sejak dari dulu lagi saya sering diberikan watak sama ada lelaki baik, teraniaya, suami budiman dan seumpamanya dan apabila itu sering berlaku saya mula rasa bosan untuk berlakon dalam drama atau pun telefilem," jelasnya kepada mStar Online.

Rashidi yang kali terakhir berlakon dalam drama pada tahun 2011 memberitahu dia akan kembali berlakon sekiranya ada watak yang berbeza yang diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, Rashidi berkata, dia kini lebih menumpukan watak-watak dalam filem kerana merasakan ia lebih memberikan cabaran kepadanya.

Jelas Rashidi, menerusi medium tersebut dia lebih merasai kepuasan dalam bidang lakonan namun tidak mahu terlalu ghairah merebut peluang yang diberikan sehingga menyebabkan mutu lakonannya terjejas.

"Seperti dalam filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit watak saya sangat berbeza daripada apa yang pernah saya buat sebelum ini apabila perlu memanipulasi orang lain untuk mempercayai dirinya.

"Bekerja dengan Mamat Khalid juga memberi saya banyak ruang pembelajaran dalam mengembangkan watak dan memberikan kepuasan kepada saya sebagai pelakon," jelasnya.

Sementara itu, Rashidi berkata dia dan rakan-rakan kumpulannya iaitu Dead Mushroom akan menghasilkan sebuah album mini dan akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Rashidi berkata, idea untuk kembali ke dalam industri muzik telah lama dirancang dan masih dalam proses menyiapkan album tersebut.

"Kami tidak pernah berpecah dan pernah menghasilkan beberapa single pada tahun 2007 dan 2009 cuma ia barangkali tidak mendapat perhatian umum.

"Bagaimanapun kali ini kali ingin sangat bersemangat dan akan memastikan kemunculan semula ini mendapat perhatian peminat," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan