Marilyn Manson Nyaris Putus Telinga Kerana Bergaduh - Berita Hiburan | mStar

Marilyn Manson Nyaris Putus Telinga Kerana Bergaduh

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Marilyn ketika mengadakan konsert di St. Jakobs Hall di Basel, Switzerland pada Selasa lalu (waktu tempatan). - Foto EPA
Aksi Marilyn ketika mengadakan konsert di St. Jakobs Hall di Basel, Switzerland pada Selasa lalu (waktu tempatan). - Foto EPA

LONDON: Telinga penyanyi Marilyn Manson dilaporkan nyaris putus selepas dia terlibat dalam pergaduhan ketika membuat persembahan di Basel, Switzerland pada awal minggu ini.

Difahamkan, penyanyi heavy metal itu mengalami luka parah pada telinga sebelah kanan apabila dia dilemparkan gelas dalam pergaduhan yang teruk itu.

Menurut laporan Daily Mail, Manson atau nama sebenarnya Brian Hugh Warner, 43, terpaksa menerima 24 jahitan bagi menyambungkan semula telinganya yang hampir putus itu.

“Saya dilemparkan gelas dalam satu pergaduhan yang teruk. Walaupun menang dalam pertarungan itu, saya terpaksa menerima 24 jahitan bagi mengelakkan telinga saya kelihatan seperti Van Gogh,” katanya dalam kemas kini akaun Twitter miliknya.

Bagaimanapun, punca sebenar pergaduhan masih belum diketahui.

Penyanyi yang terkenal dengan imej pelik dan berani itu sedang mengadakan siri jelajah Twins of Evil di seluruh Eropah.

Terdahulu, pada minggu lalu dia sempat singgah ke Itali bagi jelajah berkenaan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan