Jurulatih Kecergasan Paksa Gwyneth Paltrow Berbogel - Berita Hiburan | mStar

Jurulatih Kecergasan Paksa Gwyneth Paltrow Berbogel

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gwyneth Paltrow
Gwyneth Paltrow

LOS ANGELES: Aktres Gwyneth Paltrow berkata jurulatih kecergasannya Tracy Anderson memaksa dia berbogel semata-mata untuk menyuntik motivasi bagi memperolehi bentuk badan yang ideal.

Kata Paltrow, insiden itu berlaku ketika dia bertemu jurulatih itu buat kali pertama bagi memulakan sesi kecergasan tersebut.

Laman dailystar.co.uk melaporkan, pelakon filem Shakespeare in Love itu memberikan pujian kepada jurulatih berkenaan kerana membantunya menurunkan berat badan ketika hamil anaknya, Moses sebelum ini.

“Saya tidak menghadapi kesukaran untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak perempuan sebelum ini tetapi pada kali ini (Moses), ia tidak berkesan.

“Saya tidak boleh menurunkan berat badan tetapi sejak bertemu Tracy, dia menjadi penyuntik semangat saya.

“Saya tidak akan lupa pada insiden dia menanggalkan seluar saya dan berkata, ‘Oh tidak, saya sangat terkejut kerana awak nampak hebat di luar. Saya tidak menjangkakan ini (keadaan fizikal),” kata aktres itu.

Bagaimanapun, Paltrow menegaskan tindakan ekstrem jurulatih itu mengembalikan semua keindahan dalam rumah tangganya bersama penyanyi Chris Martin.

“Dia (Tracy) memberikan kebaikan kepada hidup saya, keyakinan diri, kehidupan seksual dan segala-galanya,” katanya seperti dipetik majalah Reebok.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan