Paul McCartney Jadi Penyanyi Nirvana

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Paul akan bergabung dengan Nirvana untuk sebuah konsert khas kumpulan itu.
Paul akan bergabung dengan Nirvana untuk sebuah konsert khas kumpulan itu.

PENYANYI Paul McCartney bakal menggantikan mendiang Kurt Cobain sebagai penyanyi utama Nirvana untuk sebuah konsert kumpulan itu pada tahun hadapan.

Nirvana yang turut dianggotai oleh Dave Grohl dan Krist Novoselic bakal membuat persembahan bersama selepas 20 tahun tidak berbuat demikian.

McCartney yang pernah menganggotai kumpulan The Beatles sebelum ini dilaporkan pernah mengadakan persembahan dengan Nirvana pada sebuah majlis tertutup di London.

"Sejujurnya saya tidak begitu mengenali siapa mereka dan apabila menyedari kehebatan mereka sebagai sebuah kumpulan ia cukup membuatkan saya teruja," jelasnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan