Aeril Zafrel Bakal 'Angkat Kaki' Dari MIG

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aeril Zafrel
Aeril Zafrel

PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel berhasrat untuk mengundurkan diri daripada syarikat pengurusan artis dan produksi MIG bagi mengembangkan kerjaya lakonannya secara berdikari.

Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 24, berkata, dia mahu mencabar kemampuannya dengan menimba pengalaman bersama produksi lain selepas dua tahun berada di bawah pengurusan syarikat produksi itu.

"Saya mahu berdikari dan menimba pengalaman baru selepas ini. Saya hargai segala peluang diberikan MIG selama ini tetapi saya juga perlu berkembang.

"Kalau hendak menjadi pelakon yang baik kita perlu bekerja dengan pelbagai orang yang bagus," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Hero filem Budak Pailang itu berkata, keinginan tersebut bagaimanapun bukan disebabkan dia diabaikan atau berdepan konflik dengan syarikat berkenaan.

"Tiada sebarang isu atau masalah dengan pengurusan cuma sudah tiba masanya saya bergerak atas kaki sendiri.

"Malah, sebelum ini pun saya dan Ketua Pegawai Eksekutif MIG iaitu David Teo pernah berbincang mengenai hasrat ini.

"Beliau memberikan lampu hijau dengan syarat saya menyiapkan komitmen filem terakhir 99 Kali Rindu yang baru tamat penggambaran," jelasnya.

Aeril berkata, dia bimbang selepas menyedari kedudukannya yang berada pada zon selesa di bawah MIG selama dua tahun.

"Saya bimbang jika penonton akan mula jemu dengan kerja saya. Selama ini, saya kerap berlakon dengan orang-orang yang lebih kurang sama sahaja.

"Sebelum orang mulai bosan, lebih baik saya mencuba peluang baru dengan pihak lain walaupun prosesnya mungkin lebih mencabar dan berliku," akuinya yang masih aktif berlakon sejak “berhijrah” untuk menjadi lebih islamik beberapa bulan lalu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan