Jangan Gelojoh Kutip Royalti Kalau Masalah Belum Selesai - Jurey

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jurey Latiff Rosli
Jurey Latiff Rosli

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) berharap kutipan royalti penggiat seni lakon tanah air yang dicadangkan untuk dikutip Malaysian Screen Actors Guild Berhad (MSAGB) bermula pada 2013 tidak perlu dilaksanakan secara tergesa-gesa selagi pelbagai isu sedia ada belum diselesaikan.

Presidennya, Jurey Latiff Rosli berkata, perkara terpenting yang perlu dilakukan sebelum MSAGB melaksanakan proses kutipan adalah dengan memperjelaskan mengenai butiran royalti kepada seluruh warga seni secara terperinci terlebih dahulu.

"Bagaimana hendak kuatkuasakan pengutipan royalti selagi isu sedia ada seperti kadar bayaran program dengan stesen televisyen (TV) belum diselesaikan lagi?

"Malah, saya percaya kebanyakan karyawan seni lakon juga tidak tahu mekanisme dan butiran pengutipan royalti yang bakal diguna pakai oleh MSAGB," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.

Jurey berkata, semua pihak berkepentingan dalam industri lakonan perlu duduk berbincang dan mengkaji struktur akar umbi bidang ini terlebih dahulu sebelum operasi kutipan royalti dimulakan.

"Kita perlu tubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji formula dan kaedah terperinci agar kutipan royalti nanti dinikmati bukan sahaja pelakon tetapi juga penulis skrip dan penerbit

"Saya tidak pasti apa mekanisme yang akan digunakan MSAGB untuk kutip royalti nanti tetapi bagi saya isu akar umbi perlu kita perbaiki dahulu," katanya.

Jurey yang juga Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) berkata, segelintir pihak tidak perlu gelojoh menguar-uarkan operasi badan pengutip royalti itu selagi perkara-perkara dasar tidak selesai.

"Kita lihat sahaja sehingga hari ini kontrak pembelian stesen dan program TV masih lagi berdasarkan templat dan amalan sedia ada.

"Belum ada perubahan pada kandungan kontrak pembelian pun jadi bagaimana kutipan royalti hendak dilaksanakan mulai tahun hadapan sedangkan hanya tinggal berapa hari sahaja lagi?

"Banyak perkara dasar yang perlu kita perhalusi dahulu sebelum fikirkan soal kutipan royalti," katanya.

Pada Isnin lalu Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang mengalu-alukan penubuhan MSAGB yang bakal bertindak sebagai badan pengutip royalti untuk penggiat seni lakon bermula 2013.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan