Alvin Anthons Teruja Tercalon Di Anugerah VIMA 2013

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alvin teruja dengan pencalonan dalam Anugerah VIMA 2013.
Alvin teruja dengan pencalonan dalam Anugerah VIMA 2013.

PETALING JAYA: Penyanyi Alvin Anthons bakal bersaing dengan artis diperingkat Asia apabila video klip single pertamanya berjudul Berdua tercalon dalam Anugerah VIMA 2013 menerusi kategori Video Muzik Terbaik.

Anthons yang semakin dikenali ramai terutama dikalangan peminat berbangsa Melayu berkata dia sangat teruja dengan pencalonan tersebut dan ia adalah sebagai tanda kerjaya seninya semakin diterima ramai.

"Perasaan apabila diberitahu mengenai pencalonan tersebut adalah sangat teruja dan kerja keras selama ini mula menampakkan hasilnya," katanya.

Majlis itu akan berlangsung pada 24 Februari depan di The View, G Tower, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Alvin bakal bersaing dengan nama-nama seperti DJ Fuzz X, Altimet, Goldkartzdan, Amirah Ali, dan lain-lain.

Augerah VIMA 2013 diadakan bagi memberi penghargaan kepada pemuzik di peringkat Asean dan ia dikendalikan oleh Bite Media dan Saintz&Sinnerz iaitu sebuah syarikat pemasaran dan penjenamaan antarabangsa.

Anugerah ini bakal melibatkan penyertaan pemuzik-pemuzik Indie daripada negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Sementara itu, Alvin kini sedang bekerjasama degnan DJ Syko G untuk menghasilkan versi remix lagu Berdua khas untuk para peminat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan