Liyana Jasmay Tunda Majlis Nikah - Berita Hiburan | mStar

Liyana Jasmay Tunda Majlis Nikah

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liyana dan Fathuddin akan dinikahkan pada tarikh baru iaitu 2 Februari 2013.
Liyana dan Fathuddin akan dinikahkan pada tarikh baru iaitu 2 Februari 2013.

KUALA LUMPUR: Pelakon Liyana Jasmay yang sepatutnya melangsungkan majlis pernikahan dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan pada 24 Januari depan terpaksa ditunda ke tarikh baru iaitu 2 Februari 2013.

Menurut laporan akhbar Kosmo!, Liyana, 24, berkata, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu walaupun dia dan tunangnya, Fathuddin, 28, sebelum ini telah mengumumkan akan bernikah pada 24 Januari tahun depan.

Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mac lalu.

Liyana yang baru pulang ke tanah air lewat malam kelmarin selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat menambah, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

“Akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di PWTC,” ujarnya

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan