Tiket Konsert Sehingga RM698 Tidak Mahal – Anuar Zain

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Konsert yang meraikan tiga dekad pembabitan Anuar dalam bidang seni akan berlangsung pada 16 Februari 2013 depan pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Konsert yang meraikan tiga dekad pembabitan Anuar dalam bidang seni akan berlangsung pada 16 Februari 2013 depan pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Anuar Zain menyifatkan harga tiket konsertnya berjudul Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari yang mencecah sehingga RM698 adalah bersesuaian dengan persembahan itu kelak.

Anuar, 42, berkata, harga tiket yang bermula dari RM88 itu adalah satu jumlah yang wajar dan adil kerana konsert berkenaan menekankan aspek kualiti selain ia adalah berskala mega.

"Ia (harga tiket) adalah bersesuaian dan adil mengikut skala dan kualiti konsert itu nanti. Kami menjanjikan persembahan terbaik dengan kualiti muzik, kesan khas dan pentas yang gah.

"Mustahil untuk kita dapat sesuatu yang berkualiti dengan harga yang murah," katanya ketika ditemui mStar Online pada sidang media pengumuman harga tiket konsert tersebut di Press Room, Bangsar Shopping Centre di sini, petang Isnin.

Konsert yang meraikan tiga dekad pembabitan penyanyi itu dalam bidang seni akan berlangsung pada 16 Februari 2013 bermula pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Ajari Aku itu berkata, dia akan memulakan latihan kecergasan bermula minggu hadapan bagi memantapkan stamina menjelang konsert sulung itu.

"Saya akan mulakan sesi kecergasan bermula minggu hadapan bersama jurulatih bagi memantapkan stamina.

"Untuk latihan vokal, saya tidak jalani kelas latihan vokal dan hanya bergantung kepada pengalaman menyanyi selama ini.

"Kami juga akan ubah semula susunan muzik agar lebih segar dan mantap bersesuaian dengan suasana, rasa dan tema konsert," jelasnya yang masih belum memutuskan senarai lagu dan konsep pada persembahan tersebut.

Konsert yang diiringi 31 pemuzik itu bakal diketuai pengarah muzik Mac Chew. Kata Anuar, dia juga bakal menayangkan muzik video lagu terbaru berjudul Sempurnakan Aku secara eksklusif di hadapan peminat pada konsert itu nanti.

Tiket-tiket konsert akan dijual bermula Rabu ini pada pukul 12 tengah hari menerusi www.ticketcharge.com dan cawangan kaunter rasminya.

Manakala harga tiket VIP pula akan diumumkan pada Rabu ini.

Diskaun khas bagi mereka yang membuat tempahan awal adalah sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada 1,000 pembeli pertama bagi tempoh bermula Rabu (esok) sehingga 19 Disember ini.

Bagi jualan tiket secara pukal, peminat boleh menghubungi Anuar Zain Network di talian 012-4642030.

Pihak pengurusan Anuar Zain juga turut menawarkan pakej perjalanan eksklusif '3Dekad 1Destinasi' untuk para peminat di luar Kuala Lumpur termasuklah dari Kota Bharu (Kelantan), Jerteh dan Kuala Terengganu (Terengganu), Johor Bahru (Johor) dan Singapura.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan