Adele Didenda RM4,800 Lewat Daftar Kelahiran Anak

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adele selamat melahirkan anaknya pada 19 Oktober lalu tetapi dia masih tidak mendaftaran kelahiran itu sehingga kini.
Adele selamat melahirkan anaknya pada 19 Oktober lalu tetapi dia masih tidak mendaftaran kelahiran itu sehingga kini.

LONDON: Penyanyi Adele bakal didenda pihak berkuasa sebanyak RM4,900 ($1,000 pound) kerana tidak mendaftarkan kelahiran anaknya dalam tempoh 42 hari selepas bayi lelaki itu dilahirkan.

Penyanyi berusia 24 tahun itu selamat melahirkan anaknya pada 19 Oktober lalu tetapi dia masih tidak mendaftarkan kelahiran tersebut sehingga kini.

Bagaimanapun, menurut laporan thesun.co.uk kes berkenaan bukan sesuatu yang begitu serius atau mendatangkan masalah besar kepada tunang ahli perniagaan, Simon Konecki itu.

“Ia (tidak daftar kelahiran) bukan masalah besar sehingga mengakibatkan polis datang ke rumah. Mungkin ia berlaku kerana dia (Adele) terlepas pandang.

“Kebanyakan ibu bapa mendaftarkan kelahiran anak mereka dalam tempoh beberapa minggu kerana ia adalah perkara yang menyeronokkan ibu bapa.

“Selain itu pendaftaran tersebut bertujuan mengelakkan ibu bapa didenda dengan jumlah yang mencecah sehingga $1,000 pound.

“Ada banyak sebab ibu bapa lambat mendaftarkan kelahiran dan banyak juga kes di mana ibu bapa tidak peduli sehingga bertahun-tahun lamanya,” kata seorang sumber seperti dipetik thesun.co.uk.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan