Noorkumalasari Tidak Rindu Dunia Lakonan

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noorkumalasari berkata dia selesa dengan kehidupannya kini.
Noorkumalasari berkata dia selesa dengan kehidupannya kini.

PETALING JAYA: Pelakon yang pernah terkenal dengan filem-filem seperti Adik Manja, Esok Untuk Siapa dan Mira Edora iaitu Noorkumalasari mengakui sudah tidak terasa rindu kepada dunia lakonan selepas bertahun-tahun meninggalkan bidang itu.

Noorkumalasari, 56, berkata, sehingga saat ini dia tidak langsung mempunyai keinginan untuk kembali ke set penggambaran walaupun masih menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi tempatan.

"Sudah lama saya bersara daripada dunia lakonan dan rasanya keinginan atau rasa rindu itu sudah tiada.

"Saya selesa dengan kehidupan sekarang bersama suami dan anak-anak.

"Malah apabila Dharma menawarkan saya berlakon dalam filem sekual Adik Manja The Returns pelawaan itu saya tolak kerana sudah nekad untuk tidak kembali aktif sebagai pelakon," jelasnya.

Noorkumalasari ditemui ketika majlis tayangan perdana filem itu bersama suami Wan Mohd Yusoff, 61, dan tiga putera mereka, Wan Amin Nurrasyid, 20, Wan Amni Nuruddin, 18, dan Wan Irfan Nurul Atiq, 16.

Dalam pada itu, Noorkumalasari berkata, dia sangat bahagia dengan kehidupannya kini malah mengisi masa terluang dengan mengerjakan ibadah bersama keluarga.

Malah katanya, pembabitannya di dalam dunia seni sebelum ini telah banyak mengajarnya untuk menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur diberi hidayah oleh Allah S.W.T.

"Saya tidak pernah menyesal dengan perjalanan hidup saya sebelum ini kerana ia telah banyak mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa dan bersyukur diberi kesempatan oleh tuhan untuk memperbaiki kesilapan yang ada," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan