Che Lah (MasterChef 2) Mahu Cuba Bidang Lakonan

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Che Lah berakta, hasratnya untuk terlibat dalam dunia lakonan bukan semata-mata untuk mengejar populariti sebaliknya gemar mencuba pelbagai bidang bagi mengutip pengalaman.
Che Lah berakta, hasratnya untuk terlibat dalam dunia lakonan bukan semata-mata untuk mengejar populariti sebaliknya gemar mencuba pelbagai bidang bagi mengutip pengalaman.

PETALING JAYA: Bekas peserta program MasterChef Malaysia 2, Che Lah tidak menolak untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan sekiranya mempunyai tawaran daripada mana-mana syarikat produksi.

Che Lah atau nama sebenarnya, Shila Shereen, 40, berkata, hasratnya itu bukan semata-mata untuk mengejar populariti sebaliknya gemar mencuba pelbagai bidang bagi mengutip pengalaman.

"Sebelum ini Che Lah terlibat dalam dunia perniagaan produk kecantikan dan tidak pernah terfikir untuk memasuki pertandingan MasterChef sehingga menjadi enam peserta terbaik.

"Jadi rasanya tidak salah untuk Che Lah mencuba bidang lain seperti lakonan atau pengacaraan jika ada yang ingin memberi peluang itu," katanya kepada mStar Online.

Che Lah yang terkenal dengan 'tagline' "siapa kata perempuan cantik tidak boleh masak" itu turut memberitahu dia amat gembira dapat menyertai MasterChef musim kedua dan tidak menyangka dirinya dikenali ramai.

Dalam pada itu, Che Lah berkata perwatakannya yang manja dan gedik di dalam program itu bukan dibuat-buat seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Che lah memberitahu dia tidak pernah menyimpan niat untuk menarik perhatian penonton dengan persenolitinya itu kerana ia adalah dirinya yang semulajadi.

"Selepas keluar dari MasterChef ada juga dengar orang kata saya buat-buat gedik dan manja tetapi itu adalah diri saya sebenar.

"Bagaimanapun ada juga yang memberi sokongan dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya," jelasnya.

Sementara itu, Che Lah berkata, dia masih menyimpan hasrat untuk membuka sebuah restorannya sendiri dan berharap impian itu akan terlaksana suatu hari nanti.

"Memasak adalah satu aktiviti yang sentiasa dekat dengan saya malah selepas menyertai program itu saya jadi lebih yakin ketika berada di dapur," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan