Penyakit Kulit Britney Spears Makin Parah

Diterbitkan: Ahad, 9 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Britney telah hadir pada majlis perdana program 'X-Factor'.
Britney telah hadir pada majlis perdana program 'X-Factor'.

UKIRAN senyuman tidak pernah lepas daripada wajah cantik penyanyi Britney Spears. namun kali ini senyuman yang dibuat seperti terpaksa.

Menurut laporan portal Dailymail, Britney telah hadir pada majlis perdana program x-Factor pada khamis lalu dengan penampilan yang manis sekali, namun apabila melihat kulit di pergelangan kakinya luka dan berkerak, ia ternyata menyakitkan.

Difahamkan Britney mengalami sejenis penyakit kulit yang dipanggil Psoriasis dan pergelangan kakinya terluka gara-gara memakai kasut tumit tinggi.

Bagaimanapun penyanyi itu begitu profesional dan masih lagi berusaha untuk senyum walaupun sekali sekala dia gagal menyorokkan ekspresi rasa sakitnya itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan