Carta K-Pop 'M Countdown' Kini Disiarkan di 8TV

Diterbitkan: Ahad, 9 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hong Ki
Hong Ki

PETALING=JAYA: Sejak fenomena muzik K-Pop kian meluas di Malaysia, saluran 8TV mengambil pendekatan dengan menyiarkan rancangan berbentuk carta muzik iaitu M Countdown.

Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul, berkata, fenomena K-Pop yang melanda dunia sememangnya memberi impak yang besar dalam industri hiburan global dan ia merupakan peluang terbaik penonton untuk menyaksikan bintang-bintang K-Pop kegemaran masing-masing.

“Sebagai sebuah stesen televisyen, kami perlu peka dengan keadaan semasa dan yang paling penting memastikan program yang disiarkan memenuhi selera penonton.

“8TV cukup teruja untuk menyiarkan program carta K-Pop ini dan saya pasti ramai peminat K-Pop di luar sana tidak sabar untuk menonton M Countdown.

"Kami yakin program ini bakal mendapat sambutan hangat dari khalayak khususnya penggemar muzik K-Pop,” katanya.

M Countdown akan disiarkan setiap Jumaat pukul 11.45 malam dengan menampilkan Vokalis FT Island, Lee Hong Ki dipilih sebagai pengacara.

Rancangan tersebut akan membawa penonton mengikuti carta lagu-lagu popular dari Korea dimana pemilihan lagu paling popular ini dibuat berdasarkan beberapa aspek antaranya menerusi penjualan album, muat turun, undian penonton secara global dan undian dari juri professional.

Segmen yang paling dinanti-nantikan semestinya persembahan bertenaga dari artis-artis K-Pop kesayangan anda pada akhir rancangan tersebut,

Antara artis-artis yang turut terlibat dalam rancangan ini termasuklah Big Bang, Super Junior, 2NE1, Girls Generation, FT Island, Sistar dan Kara.

Rancangan-rancangan 8TV boleh ditonton menerusi ‘Catch Up’ di www.tonton.com.my atau layari www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv , www.youtube.com/8tvaddicts instagram @8tv. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan