Vince Hanya Matang Selepas 8 Tahun Jadi Artis

Diterbitkan: Sabtu, 8 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Vince. - Foto oleh SAMUEL ONG
Vince. - Foto oleh SAMUEL ONG

PETALING JAYA: Penyanyi Vince mengakui dia baru dapat merasakan kematangan dirinya selepas lapan tahun menjalani karier seni muzik tanah air sejurus selepas menjuarai pertandingan realiti popular Akademi Fantasia musim pertama (AF1).

Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong, 33, berkata, kematangannya itu dapat dilihat daripada segi karakter diri, penyampaian persembahan nyanyian dan perkembangan ilmu muzik yang diperoleh.

"Saya percaya setiap orang mempunyai jangka masa tertentu untuk menjadi matang. Begitu juga dengan saya, mungkin agak lewat sedikit, tetapi sepanjang lapan tahun bergelar insan seni, saya berasa lebih matang daripada biasa.

"Dalam erti kata lain, sekarang ini saya berani bersuara memberikan pendapat dan idea serta mempunyai keyakinan diri yang lebih.

"Apa yang penting saya dapat rasakan pengalaman muzik saya sudah berada di satu tahap baru di mana saya faham tentang kekuatan dan kelemahan vokal diri," katanya yang ditemui di Bangsar Village, di sini, petang Jumaat.

Tambah Vince, hal tersebut juga membuatkan dia ingin memberikan satu kelainan buat para peminat dengan menampilkan sebuah album Inggeris berjudul With You This Christmas bersempena sambutan hari Krismas pada 25 Disember ini.

Album yang dipasarkan menerusi laman Facebook Vince dan aplikasi itunes itu menampilkan sebanyak tujuh buah lagu saduran popular seperti Winter Wonderland, Grown Up Christmas List dan Have Yourself A Merry Little Christmas.

Manakala lagu With You this Christmas merupakan ciptaan khas Vince dan komposer Daniel Veerapan.

"Ini merupakan percubaan pertama saya menghasilkan album bersempena dengan sambutan Krismas dan hanya 2,000 cetakan cakera padat (CD) yang dibuat.

"Walaupun kebanyakannya adalah lagu saduran, ia merupakan sebuah lagu yang segar kerana ia telah disusun semula muziknya oleh Daniel dan saya.

"Mungkin ia kurang mendapat sambutan untuk perayaan tahun ini. Tetapi saya tidak akan rugi kerana ia boleh dipasarkan semula pada perayaan tahun depan serta tahun-tahun berikutnya dengan kulit album yang terbaru," tuturnya.

Beitahu Vince, album tersebut berkonsepkan muzik Jazz, R&B di mana ia diberi suntikan inspirasi penyanyi seperti Michael Jackson, Stevie Wonder, Boyz II Men dan Luther Vandross.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan