Lindsay Lohan Terpaksa Jual Baju Untuk Bayar Hutang

Diterbitkan: Sabtu, 8 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

PELAKON bermasalah Lindsay Lohan dilaporkan terpaksa menjual pakaian berjenamanya untuk membayar segala bil dan cukai tertunggak.

Aktres berusia 26 tahun itu menghantar adiknya, Ali, 18, ke sebuah kedai pakaian vintaj di Los Angeles, Amerika Syarikat untuk menjual pakaian yang cukup bernilai termasuklah kasut dan juga aksesori, lapor portal RadarOnline pada Jumaat.

Langkah drastik itu terpaksa dibuat Lindsay selepas akaun bank miliknya disekat oleh Perkhidmatan Hasil Dalaman (IRS)

Beliau berhutang sekitar $146,000 pound (RM715,207) dengan IRS pada tahun 2010 dan tidak membayar cukai serta bil pada tahun 2011 walaupun mendapat sumbangan daripada rakannya iaitu Charlie Sheen sebanyak $62,000 pound (RM303,719).

Dalam pada itu Ali yang berharap untuk mendapatkan wang yang banyak apabila dapat menjual pakaian itu amat-amat kecewa apabila harga yang ingin dibeli pemilik kedai berkenaan terlalu rendah.

Sumber yang mendedahkan perkara itu kepada RadarOnline turut berkata bahawa pihaknya mendengar Ali meraung ketika berunding mengenai nilai pakaian kakaknya itu.

“Apa? $30 dolar (RM60) untuk ini? Kosnya $700 (RM2,100). Memang tak masuk akal,” katanya

Ali dilaporkan kemudiannya cuba meyakinkan pemilik butik barangan berjenama itu bahawa pakaian tersebut digunakan Lindsay untuk majlis-majlis terkenal.

Selain isu terbaharu mengenai bil yang tidak dibayar, pada bulan lalu Lindsay telah didakwa kerana melakukan serangan dalam satu perbalahan di kelab malam di New York.

Dia juga telah dituduh berdusta kepada polis dengan mengatakan dia tidak berada di tempat duduk bahagian pemandu semasa kereta jenis Porsche miliknya terlibat dengan kemalangan pada bulan Jun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan