Khaty Ibrahim Bimbang Kisah Peribadi Beri Kesan Negatif

Diterbitkan: Sabtu, 8 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Khadijah Ibrahim ingin membantu golongan ibu tunggal dengan memberikan kata-kata semangat untuk terus cekal hidup.
Datuk Khadijah Ibrahim ingin membantu golongan ibu tunggal dengan memberikan kata-kata semangat untuk terus cekal hidup.

PETALING JAYA: Penyanyi tersohor Datuk Khadijah Ibrahim menyifatkan kisah peribadi seseorang artis yang cuba dikongsi kepada umum boleh menjadi negatif sekiranya disalah tafsir.

Khadijah, 53, atau lebih selesa dengan panggilan Khaty berkata, kerana itu dia enggan berkongsi hal-hal peribadinya kepada umum walaupun soalan tentang dirinya sering diajukan oleh pihak media.

"Bagi saya, kisah keluarga merupakan hal yang terlalu peribadi. Ada sebab kenapa saya enggan berkongsi kisah kehidupan saya dan keluarga kerana ia akan menimbulkan perasaan lain kepada pembaca di mana mereka akan melihatnya daripada sudut positif atau negatif.

"Dan buat apa saya mahu peminat mendapat kisah negatif menerusi kenyataan saya? Bukankah lebih baik mereka diberikan input positif dengan bacaan artikel berkaitan kerjaya penyanyi kegemaran mereka?

"Pada masa sama juga, artikel positif itu memberikan suntikan perasaan gembira kepada diri mereka," katanya kepada mStar Online.

Tambah Khaty, dia juga berharap agar orang ramai tidak lagi mempersoalkan tentang statusnya sama ada sudah berkahwin semula atau masih kekal solo.

Sementara itu, beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Ku Pendam Sebuah Duka itu, dia juga ingin membantu masyarakat terutamanya bagi golongan ibu tunggal melalui nasihat menerusi artikel-artikel yang dipaparkan media.

"Setakat ini sudah beberapa wanita yang bergelar ibu tunggal meminta nasihat berbentuk motivasi untuk menaikkan semangat mereka menempuh hidup lebih-lebih lagi yang terpaksa menyara anak-anak seorang diri.

"Setiap kali memberikan kata-kata nasihat, saya akan kaitkan dengan situasi diri saya yang mempunyai masalah yang lebih kurang sama iaitu seorang ibu tunggal yang membesarkan tiga orang anak," ujarnya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan