Rakyat Palestin Tidak Minta Sedekah Walaupun Derita – Afdlin Shauki

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Afdlin bersama Zain dan bront bagi membantu mangsa-mangsa perang palestin. Foto: Facebook Afdlin
Afdlin bersama Zain dan bront bagi membantu mangsa-mangsa perang palestin. Foto: Facebook Afdlin

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon filem Afdlin Shauki berkongsi rasa kagum melihat masyarakat Palestin memiliki jiwa yang kental dalam mengharungi saat-saat getir gara-gara diserang oleh rejim Zionis.

Afdlin yang menyertai delegasi Aqsa Syarif ke negara itu sejak Isnin berkata, dia tidak menyangka rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak masih lagi boleh tersenyum dalam keadaan getir malah mereka tidak pernah meminta sedekah meskipun kehidupan di negara itu begitu daif.

"Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.

"Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.

"Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil," katanya menerusi akaun laman Facebook miliknya.

Afdlin yang merupakan duta Aqsa Syarif bertanggungjawab memberi bantuan kemanusiaan kepada golongan berkenaan. Beliau dan juga delegasi termasuk artis Zain Saidin, Bront Palarae serta enam orang kru produksi Vision Works telah berangkat ke nagara itu sejak Isnin lalu selama seminggu.

Tambah Afdlin, dia juga terharu apabila masyarakat Palestin cukup gembira apabila beberapa kumpulan delegasi Malaysia datang untuk membantu mereka.

Menurutnya antara bantuan yang diberikan ialah menyediakan hidangan makanan panas serta mengagih-agihkan barangan keperluan musim sejuk untuk dihantar kepada keluarga yang kehilangan rumah.

Sementara itu, menceritakan pengalaman pertama kali ke wilayah Gaza itu, delegasi tersebut terpaksa melalui saat mencemaskan apabila kenderaan mereka menjadi sasaran pesawat pejuang Israel melepaskan peluru berpandu F-16.

"Alhamdulillah, kami semua selamat dan meneruskan misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Malah kami turut menziarahi kanak-kanak yatim piatu dengan menghibur dan mengajar mereka cara-cara untuk melukis dan belajar Bahasa Inggeris.

"Rasa macam tak nak balik. Kanak-kanak itu mahu kami datang setiap hari untuk mengajar mereka," tuturnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan