Pengarah 'Adik Manja The Returns' Terkilan Pelakon Tak Muncul

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dharma berharap agar filem 'Adik Manja The Returns' mendapat sambutan baik. Foto: Qayum Azizi
Dharma berharap agar filem 'Adik Manja The Returns' mendapat sambutan baik. Foto: Qayum Azizi

KUALA LUMPUR: Majlis pratonton filem Adik Manja The Returns yang diadakan di panggung TGV Wangsa Walk di sini malam Khamis tidak mendapat sokongan daripada barisan pelakon utama filem itu apabila mereka tidak muncul untuk memberi sokongan.

Pengarah yang juga pelakon asal filem itu Dharma Harun Al Rashid, 55, turut terkilan terhadap perkara tersebut sebaliknya menganggap berkemungkinan mereka mempunyai tanggungjawab lain.

“Saya agak terkilan kerana pra tonton ini tidak dihadiri oleh pelakon-pelakon penting. Tapi saya menyedari mereka mungkin mempunyai komitmen lain yang harus diberi keutamaan,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Antara pelakon filem itu ialah Rozita Che Wan, Faezah Elai, Juliana Evans, Jehan (Raja Lawak) dan Fida Ibrahim.

Bagaimanapun kata Dharma, dia memahami ada di antara pelakon berkenaan seperti Rozita yang tidak dapat hadir kerana sedang bercuti sementara Faezah pula tengah sarat mengandung.

"Ada diantaranya telah memaklumkan kepada saya lebih awal tetapi saya bersyukur rakan-rakan seperti Othman Hafsham, A. Galak malah pelakon asal filem Adik Manja iaitu Norkumalasari turut hadir bersama keluarga untuk memberikan sokongan," ujarnya.

Karya tersebut adalah kesinambungan filem Adik Manja yang popular pada tahun 1979 arahan Othman Hafsham yang turut menampilkan Dharma, Norkumalasari dan Adibah Amin sebagai bintang utamanya.

Kejayaan filem itu membuatkan Dharma cuba menerbitkannya semula yang turut mengekalkan tema serupa iaitu tentang kenakalan dan masalah disiplin pelajar-pelajar perempuan di sebuah institusi pengajian swasta.

Ia bakal ditayangkan di 45 pawagam di seluruh Malaysia termasuk Brunei bermula 20 Disember ini.

Dalam pada itu ditanya mengenai kelewatan filem tersebut yang mengambul masa dua tahun untuk ditayangkan, Dharma berkata ia disebabkan pihaknya menunggu kelulusan permohonan dana industri kreatif yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal 2010.

Katanya proses yang memakan masa hampir lapan bulan itu telah menyebabkan pihaknya menangguhkan tayangan filem yang mencecah kos RM1.6 juta itu walaupun ia telah siap pada 2010.

"Saya adalah antara pemohon terawal dana tersebut apabila ia diperkenalkan dan biasalah sesuatu benda yang baru itu mengambil masa sedikit," jelasnya.

Sementara itu, Dharma memberitahu, dua anaknya, Siti Quraitu Aini, 24, dan Mohd Al-Shafiq, 23, banyak membantunya untuk menghasilkan skrip Adik Manja The Returns supaya elemen-elemen moden yang bersesuaian dengan remaja kini dapat diketengahkan.

Bagaimanapun katanya walaupun dia mengangkat masalah sosial di kalangan remaja perempuan sebagai plot utama, dia tetap memasukkan pelbagai elemen lain untuk mengimbangi jalan ceritanya.

"Cabaran saya adalah untuk memastikan golongan muda yang tidak pernah menonton Adik Manja masih boleh seronok menonton sekual filem itu," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan