Daniel Radcliffe Hilang Keyakinan Kerana 'Harry Potter' - Berita Hiburan | mStar

Daniel Radcliffe Hilang Keyakinan Kerana 'Harry Potter'

Diterbitkan: Khamis, 6 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Daniel Radcliffe.
Daniel Radcliffe.

PELAKON Daniel Radcliffe yang terkenal dengan watak Harry Potter bimbang jika tidak dapat membawa watak lain dengan baik kerana sinonim dengan peranan itu.

Aktor berusia 23 tahun itu juga hilang keyakinan peminat akan menerima lakonannya dalam filem lain yang seterusnya akan memusnahkan karier lakonannya.

"Apabila telah terbiasa dengan sesuatu watak itu bimbang saya akan kehilangan keyakinan untuk watak lain.

"Saya tidak pasti dapat melakukan sebaik yang saya buat menerusi Harry Potter dan perkara itu membimbangkan saya," jelasnya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan