Siti Nurhaliza Lelong Tudung Bantu Pesakit HIV/AIDS

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti akan melelongkan tudung yang digayakan semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan untuk mengutip dana bagi membantu pesakit HIV/AIDS.
Siti akan melelongkan tudung yang digayakan semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan untuk mengutip dana bagi membantu pesakit HIV/AIDS.

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akan melelong dua pasang tudung miliknya rekaan jenama Fareeda pada malam Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta bagi mengutip dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Siti berkata, tudung yang bakal digayakan pada persembahan itu nanti akan mendapat sentuhannya sendiri dari segi rekaan mengikut citarasanya denan bantuan Fareeda.

"Insya Allah saya akan mereka khas tudung untuk malam persembahan itu yang akan dilelong selain tudung yang saya pakai pada sidang media ini turut dilelong.

"Kedua-dua tudung tersebut adalah direka khas dan tidak dijual dalam rangkaian jenama popular itu," jelasnya.

Siti ditemui selepas sidang media persembahan tersebut yang bakal diadakan pada 30 Januari 2013 di Hotel Grand Hyatt pada pukul 8 malam.

Dalam pada itu, Siti berkata, sebagai Selebriti Sokongan Riben Merah Yayasan AIDS Malaysia sejak 2009 beliau sentiasa terbuka kepada program-progam bersifat amal dan sekaligus dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Ujar Siti, dia berbangga dapat memberikan sedikit bantuan untuk mengutip dana buat pesakit AIDS dan berharap persembahan itu nanti dapat mengumpul dana sebanyak mungkin.

"Stigma masyarakat terhadap pesakit HIV/AIDS masih menebal dalam masyarakat Malaysia.

"Selain membantu mengutip dana untuk membantu mereka, diharap makan malam amal itu nanti dapat mengubah pandangan masyarakat kita mengenai mereka.

"Perjuangan orang yang hidup dengan HIV/AIDS sentiasa menjadi perhatian saya dan pembabitan siti dalam program selebriti sokongan telah membuka mata saya tentang realiti golongan itu," jelasnya.

Sementara itu, Siti berkata beliau akan mengadakan persembahan selama 30 minit dengan mengangkat tema kerohanian daripada album Tahajjud Cinta yang pernah dikeluarkan pada tahun 2009.

Tambah Siti, persembahan itu nanti turut diiringi oleh kumpulan Mohram dan susunan muzik oleh pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.

"Selain mempersembahkan lagu-lagu daripada album Tahajjud Cinta, saya turut akan menyampaikan beberapa lagu terkini yang sesuai dengan tema persembahan iaitu kerohanian," jelasnya.

Hasil kutipan daripada persembahan itu nanti akan disalurkan untuk pembangunan program-program pendidikan, pencegahan, rawatan, jagaan dan sokongan bagi membantu golongan penghidap HIV/AIDS di Malaysia termasuk pembinaan sebuah rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak di Kelantan.

Persembahan Makan Malam Amal itu nanti turut mendapat tajaan penuh daripada jenama tudung Fareeda dan Hotel Grand Hyatt.

Tempahan meja untuk persembahan itu nanti telah pun dibuka dan meja berharga RM35,000 bagi kategori Berlian, RM20,000 kategori Platinum dan RM10,000 kategori Emas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jasmin Jalil di Yayasan AIDS Malaysia menerusi talian 03-4047 4311 atau e-mel jasmin@mac.org.my atau Johary Jalil 03-40474277 atau johary@mac.org.my.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan