Enggan Ke Arus Perdana, Gabriella Selesa Berlakon Teater

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gabriella ingin mengasah bakat lakonannya menerusi bidang teater. Foto:M. Azhar Arif
Gabriella ingin mengasah bakat lakonannya menerusi bidang teater. Foto:M. Azhar Arif

PETALING JAYA: Pemenang tempat kedua Ratu Cantik Malaysia 2012, Gabriella, enggan melibatkan diri ke bidang lakonan secara serius walaupun dia tahu dirinya mungkin bakal meraih populariti seperti selebriti-selebriti muda lain.

Gabriella atau nama sebenarnya Aileen Gabriella Robinson, 23, berkata, dia lebih senang dan selesa sekiranya bakat lakonan yang dimiliki hanya diasah menerusi persembahan teater sahaja.

"Saya sukakan lakonan. Tetapi hanya di bidang pementasan teater sahaja kerana enggan terlalu terdedah di arus perdana industri seni hiburan tempatan.

"Bagi saya, berlakon teater bukannya mudah dan ia satu cabaran besar dalam melaksanakan sesebuah tugasan watak yang diberikan," katanya.

Gabrielle yang juga seorang peragawati itu ditemui pada majlis pelancaran pusat kecergasan Infiniti Fitness & Beyond di Sooka Sentral, dekat sini, Selasa.

Dalam pada itu, beritahu graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan di Universiti Deakin, Australia, dia juga sedang merancang untuk menyambung pengajiannya ke peringkat sarjana dalam bidang perniagaan pula.

"Terlalu banyak perkara yang ingin saya buat. Maklumlah, di usia muda inilah kita kena lakukan macam-macam terutamanya dalam hal-hal berkaitan pelajaran.

"Malah saya turut menguruskan perniagaan studio tarian milik saya sendiri bernama Shall We Dance yang terletak di Bangsar," tuturnya.

Sementara itu, beritahu Gabriella, dia seorang yang sangat aktif dalam pelbagai bentuk senaman termasuklah tarian, dimana ia memberikan kepuasan yang tersendiri apabila menari.

"Ramai wanita yang tidak sedar bahawa bersenam dapat meningkatkan keyakinan diri kita.

"Tidak kiralah sama ada mendaftarkan diri di mana-mana pusat kecergasan diri ataupun melakukan aktiviti senaman di rumah.

"Percayalah ia dapat membantu mengubah 'mood' dalam diri kita kepada menjadi seorang yang lebih positif. Sebab itulah saya sukakan pelbagai aktiviti kesukanan.

"Memandangkan saya memiliki studio tarian sendiri, saya turut mengajar tarian di sana, semua ini hasil dorongan daripada ibu saya sendiri," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan