Chris Martin Masak Hingga Dapur Terbakar - Berita Hiburan | mStar

Chris Martin Masak Hingga Dapur Terbakar

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gwyneth Paltrow dan Chris Martin
Gwyneth Paltrow dan Chris Martin

AKTRES Gwyneth Paltrow mendedahkan bahawa suaminya, penyanyi rock, Chris Martin tidak pandai memasak.

Menurut laporan Contactmusic, Chris akan menjadi kelam kabut apabila berada di dapur sehinggakan pihak bomba pernah dihubunginya untuk meminta bantuan menyelesaikan dapur yang hampir terbakar.

"Dia pernah memasak sebanyak dua kali dan kedua-dua percubaannya itu gagal sehingga terpaksa memanggil pihak bomba kerana kebakaran kecil yang berlaku.

"Apa yang saya nyatakan di sini bukan gurauan, ia benar-benar terjadi," selorohnya.

Bintang filem Shakespeare In Love itu berkongsi pengalaman suaminya itu kepada tukang masak popular Jamie Oliver yang menemubualnya menerusi sebuah program televisyen Jamie and Jimmy's "Food Fight Club" di Britain.

Chris atau nama sebenarnya Christopher Anthony John merupakan vokalis kumpulan Coldplay.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan