Kumpulan Hayad Tolak Tuduhan Penyanyi Baru Tiada Asas Muzik

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Hayad yang dianggotai Rafiq (kiri) dan Fadhli.
Kumpulan Hayad yang dianggotai Rafiq (kiri) dan Fadhli.

PETALING JAYA: Kumpulan vokal baru, Hayad berkata persepsi segelintir pihak yang mendakwa penggiat muzik generasi baru sebagai ‘artis kosong’ kerana tiada asas dan ilmu muzik yang kukuh adalah tanggapan yang kurang bersesuaian.

Anggotanya Muhamad Zulfadhli Mohd Zaihan atau Fadhli, 24, berkata, majoriti penyanyi dan penggiat muzik baru hadir ke persada seni dengan ilmu muzik dan tidak hanya bersandarkan kreativiti dan populariti semata-mata.

“Memang tidak dinafikan, ada sebilangan penyanyi baru yang kurang ilmu muzik atau tiada asas langsung tetapi sekadar mencuba nasib tetapi sebahagian besar daripada kami belajar muzik dan menghasilkan karya sendiri.

“Sebagai kumpulan vokal, kami mempersiapkan diri dengan kelas vokal selain ilmu mencipta lagu. Kami tidak ceburi bidang ini secara melulu tanpa persiapan asas walaupun kurang pengalaman,” katanya ketika ditemui di Menara Star di sini, baru-baru ini.

Seorang lagi ahli Hayad iaitu Mohammed Rafiq Abu Bakar atau Rafiq, 29, berkata, pandangan itu bersifat subjektif kerana setiap penggiat muzik berkarya secara berbeza dan tiada satu ketetapan yang boleh menentukan sama ada sesuatu karya muzik itu berkualiti atau sebaliknya.

“Karya seni termasuk muzik adalah subjektif. Tidak wajar timbul pandangan mendakwa pemuzik generasi baru ‘kosong’ dan tiada asas muzik kerana penerimaan pendengar terhadap kreativiti yang dicurahkan pengkarya dalam muzik adalah subjektif.

“Mungkin kita generasi baru kurang pengalaman tetapi itu tidak bermakna kita menghasilkan karya secara ala kadar. Saya percaya setiap pengkarya berusaha sebaik mungkin ketika menghasilkan muzik mereka, cuma bergantung kepada penerimaan sahaja,” jelasnya.

Mengenai kemunculan Hayad dengan genre R&B ketika muzik band sedang mendominasi industri, Fadhli berkata, dia percaya kelainan itu dapat memberikan variasi pada dunia muzik tanah air.

“Tidak timbul soal genre muzik kami relevan atau tidak dengan perkembangan muzik sekarang. Saya percaya selera muzik ibarat kitaran roda mungkin hari ini orang sedang seronok dengan muzik band tetapi esok lusa kita tidak pasti.

“Saya rasa tidak rugi mencuba tampilkan kelainan kerana ia akan memberikan variasi pada industri dan pilihan kepada pendengar. Lagi pun, sudah terlalu lama kumpulan vokal tidak menghiasi pentas muzik tanah air,” terangnya.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2009 ini mempertaruhkan lagu pertama berjudul Melodi yang sedang diputarkan di corong-corong radio.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan