'Unsung Places' Bawa Thanuja Terokai Destinasi Tersembunyi

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Thanuja menggembara ke pelbagai negara untuk mencari destinasi menarik yang tidak dicatat dalam kalendar pelancong seperti di Sri Lanka, Jepun, India, China, Perancis, Sepanyol, Maghribi dan banyak lagi.
Thanuja menggembara ke pelbagai negara untuk mencari destinasi menarik yang tidak dicatat dalam kalendar pelancong seperti di Sri Lanka, Jepun, India, China, Perancis, Sepanyol, Maghribi dan banyak lagi.

PETALING JAYA: Bekas pemenang pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2009 dan model, Thanuja Ananthan bakal membawa penonton menjelajah dan menerokai destinasi luar biasa penuh dengan tarikan tersembunyi dalam program jurnal travelogue terbaru terbitan TV3 iaitu Unsung Places.

Pengembaraan merentas garis sempadan itu membawa penonton mendekati karakter setiap lokasi yang unik di beberapa negara, antaranya, Sri Lanka, Jepun, India, China, Perancis, Sepanyol, Maghribi dan banyak lagi.

Kelainan yang ditampilkan menerusi ‘Unsung Places’ ialah pemilihan destinasi yang jarang-jarang disebut dan diketahui umum, di mana kedudukan lokasi kurang popular di peta industri pelancongan.

Sama ada ia sebuah negeri, bandar atau perkampungan tradisional, warna-warni setiap destinasi akan dikongsi menerusi pengalaman pengembara dalam mencari potensi dan keunikan ‘Unsung Places’.

Siri ‘Unsung Places’ memulakan pengembaraan ke sebuah negara pulau iaitu Sri Lanka, dahulu dikenali sebagai Ceylon dan pernah menjadi lokasi persinggahan pelayar ternama, Vasco Da Gama.

Dalam episod pertama ini, penonton akan dibawa meninjau ke sebuah bandar industri dan komersil Sri Lanka iaitu Colombo yang terletak di bahagian Timur negara tersebut.

Dari daerah yang mendapat jolokkan ‘mutiara lautan Hindi’, penonton dibawa pula ke sebuah zon pelancongan yang sedang pesat membangun, Semenanjung Kalpitiya dan seterusnya Anuradhapura, sebuah tapak warisan dunia yang berusia ribuan tahun dan daerah Ratnapura, kawasan perlombongan dan pusat dagang batu permata terbesar di Sri Lanka, termahal di dunia.

Selepas Sri Lanka, pengembaraan ‘Unsung Places’ menuju ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Di sana, Thanuja akan ke pasar pagi tertua di Takayama untuk melihat bagaimana proses membuat makanan tradisional Miso dan Soba serta menyaksikan binaan bersejarah, sebuah istana yang dibina pada abad ke-16 di bandar Matsumoto.

Tidak tamat di Takayama dan Matsumoto, penonton dibawa pula ke sebuah ladang wasabi terbaik di Jepun yang terletak di Nagano. Ladang yang mempunyai keluasan 15 hektar ini cukup sinonim kerana keindahan sungai dan kincir airnya.

Dari Timur Asia, ‘Unsung Places’ meneruskan perjalanan ke bahagian Selatan Asia iaitu India, negara yang mempunyai populasi kedua tertinggi di dunia dengan jumlah 1.2 billion.

Perjalanan Thanuja di sana bermula di Gujarat, berkunjung ke rumah kelahiran pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi. Masih di Gujarat, penonton akan dibawa ke sebuah kawasan gurun yang dahulunya ialah dasar lautan namun kini antara lokasi memproses garam.

Selain itu, di Gujarat juga penonton bakal melihat industri menternak kerbau dan penghasilan susu kerbau yang memberi hasil pendapatan utama serta proses tenunan produk Banjana.

‘Unsung Places’ disiarkan setiap hari Sabtu jam 7.30 malam bermula 1 Disember (hari ini) di TV3. Penonton juga boleh menyaksikan siri tersebut di www.tonton.com.my yang turut memuatkan sorotan sebalik tabir.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan