Artis Tunjuk Sokongan Kepada UMNO & Kerajaan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dj Dave yakin dan percaya Najib mampu melakukan transformasi yang lebih besar pada masa hadapan jika rakyat terus memberi peluang kepada BN untuk terus memerintah.
Dj Dave yakin dan percaya Najib mampu melakukan transformasi yang lebih besar pada masa hadapan jika rakyat terus memberi peluang kepada BN untuk terus memerintah.

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2012 turut mendapat perhatian golongan artis tanah air yang hadir menyatakan sokongan padu kepada Umno, kerajaan serta kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Yayasan Artis 1Malaysia Datuk DJ Dave berkata anggotanya akan turun padang berkempen pada pilihan raya nanti untuk membantu jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi tentangan pihak lawan.

"Saya mengajak semua artis berganding bahu memberi sokongan dengan turun padang menjayakan program yang diatur kerajaan seperti kerja-kerja kebajikan dan pembangunan.

"Saya juga akan mengajak ahli-ahli bawah Yayasan Artis 1Malaysia ini membantu kerajaan," katanya kepada Bernama.

Anggota Umno Titiwangsa itu berkata sebagai artis, beliau yakin dan percaya Najib mampu melakukan transformasi yang lebih besar pada masa hadapan jika rakyat terus memberi peluang kepada BN untuk terus memerintah.

Sementara itu penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah menganggap Umno sebagai plafform bagi dirinya untuk melakukan transformasi daripada kehidupan yang tidak bermakna kepada perubahan hidup positif.

Jamal berkata beliau menyahut seruan kerajaan melalui amanat yang disampaikan Najib untuk melakukan lonjakan dalam diri bagi memberi contoh terbaik kepada masyarakat.

"Transformasi bukan sekadar pada pemerintah dan kepimpinan tetapi kepada diri kita sendiri untuk menjadi lebih berintegriti dan berada di dalam keadaan ikhlas," katanya.

Jamal berkata melalui perjuangan BN, beliau dapat memasyarakatkan dirinya sendiri dan akan terus menyokong parti itu demi kelangsungan hidupnya bagi mencari rezeki dalam bidang seni.

Pelakon dan pengacara Datuk A.C Mizal pula berkata beliau mengharapkan golongan artis diberi ruang yang lebih besar untuk bersama-sama menjayakan perhimpunan agung Umno yang akan datang.

"Tahun ini ramai artis yang datang tetapi tidak dapat memasuki dewan utama, saya agak kecewa sedikit sebab tidak berpeluang untuk mendengar ucapan Presiden Umno semalam secara bersemuka," katanya.

Beliau berkata masyarakat memerlukan pemimpin yang mempunyai peminat yang ramai dan golongan artis mempunyai kelebihan itu untuk mempengaruhi mereka menyokong pemimpin terbabit.

"Artis mampu menjadi mekanisme untuk menyebarkan ideologi yang ingin disampaikan oleh kerajaan," katanya.

Penyanyi Deja Moss pula berkata artis yang ingin menceburi bidang politik perlu memiliki niat yang betul dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

"Artis yang mengganggotai parti politik boleh berjuang bersama-sama pemimpin kerana selain menghiburkan orang ramai mereka juga mampu bercakap dan berbahas dengan baik,"katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan