Vokal 2: Anjun & Syahz Tersingkir

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anjun dan Syahz gagal mara ke konsert mingguan 'Vokal 2' seterusnya.
Anjun dan Syahz gagal mara ke konsert mingguan 'Vokal 2' seterusnya.

PETALING JAYA: Peserta Anjun dan Syahz gagal memikat hati juri dan penonton apabila mereka diumumkan tersingkir daripada konsert mingguan kedua VOKAL...Bukan Sekadar Rupa (Vokal 2).

Menurut kenyataan pihak stesen televisyen TV3 menerusi siaran media yang diberikan kepada mStar Online, pengumuman itu dibuat oleh pengacara Faizal Ismail atau FBI di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada malam Rabu.

Penyingkiran itu sekaligus melayakkan empat peserta lelaki lain iaitu Yus, Abang, Uchop dan Adli, meneruskan perjuangan mereka bersaing antara satu sama lain, berentap merebut gelaran juara Vokal 2 sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM 100,000.

Pada malam konsert itu, tirai persembahan dimulakan oleh nyanyian Yus yang membawakan lagu Jamal Abdillah iaitu Ghazal Asmara diikuti pula dengan Anjun mempersembahkan lagu Aku Yang Tersakiti, nyayian asal Judika.

Finalis lelaki ketiga iaitu Syahz mempertaruhkan lagu Muara Hati yang dipopularkan oleh Hafiz dan Datuk Siti Nurhaliza manakala Uchop pula mencuba nasib menerusi lagu To’ki iaitu Biasan.

Pentas Vokal 2 dihangatkan lagi dengan persembahan Adli dengan lagu Nakal nyanyian asal Gigi diikuti dengan finalis terakhir, Abang yang tampil menerusi lagu popular Yuna, Dan Sebenarnya.

Dalam pada itu, peserta Anjun, Syahz dan Abang yang mendapat markah paling rendah mengharungi pusingan ‘battle’ dengan mempersembahkan lagu kumpulan Spider, Tapi Bagaimana untuk merebut peluang terakhir supaya kekal bertanding di atas pentas VOKAL 2 musim ini.

Juri tetap pada konsert tersebut adalah Datuk Hattan dan Ziana Zain.

Pada konsert mingguan kedua (minggu lalu) telah menyaksikan pertarungan lima finalis wanita di mana Nadeera, Fatin, Bella dan Mar berjaya mara ke pusingan seterusnya manakala Nasuha pula telah disingkirkan.

Vokal masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS.

Program ini juga memberi peluang buat mereka yang terlepas peluang dengan menyertai peraduan 'Juara Vokal Online'.

Penyertaan yang dibuka kepada semua ini hanya memerlukan mereka menghantar URL video nyanyian mereka kepada laman sesawang rasmi VOKAL. Bagi yang berminat, sila layari laman sesawang rasmi VOKAL di www.tv3.com.my/vokal2 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan VOKAL boleh menontonnya menerusi laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter @ TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini.

Juara akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara akan mendapat wang tunai RM30,000.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan