Masjid India, Sasaran Kedua Artis-Artis Kutip Derma Bantu Palestin

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian daripada 20 artis yang terlibat dalam kutipan derma di sekitar Pavillion, Kuala Lumpur pada Rabu sebagai sokongan kepada rakyat Palestin baru-baru ini.
Sebahagian daripada 20 artis yang terlibat dalam kutipan derma di sekitar Pavillion, Kuala Lumpur pada Rabu sebagai sokongan kepada rakyat Palestin baru-baru ini.

PETALING JAYA: Selepas kejayaan mengutip derma hampir RM10,000 di sekitar pusat membeli belah Pavillion, Kuala Lumpur bagi membantu rakyat Palestin yang teraniaya akibat kekejaman rejim Zionis, Kumpulan Usrah Fitrah bakal mengadakan kutipan amal siri ke-2 pula.

Menurut wakil kumpulan tersebut iaitu Sam, acara kutipan Amal Tabung Palestin Siri 2 itu akan diadakan di sekitar kawasan Masjid India, Kuala Lumpur bermula pukul 4.30 petang.

"Kami sedang berusaha untuk mengumpul sumbangan daripada orang ramai dengan menyasarkan sebanyak RM1 juta buat rakyat Palestin.

"Selain selebriti tempatan, kami turut mengalu-alukan kehadiran semua lapisan masyarakat yang prihatin untuk menyumbang ke tabung yang akan dibawa sendiri oleh artis-artis yang turut serta," katanya menerusi email siaran media yang diberikan kepada mStar Online.

Program yang dianjurkan bersama Badan Aman Palestin itu disertai oleh artis antaranya Siti Nordiana, Irma Hasmie, Diana Amir, Heliza Helmi, Norkhiriah, Iha Raziah, Yatt Hamzah, Iqram Dienzly, Salima (AF), Zoey Rahman, Anding (AF), Ayu Damit, Roslan Shah dan ramai lagi.

Tambah Sam, selain menderma dan beramal, para penderma turut berpeluang untuk bergambar serta beramah mesra dengan para artis yang hadir.

Sebelum ini, pada 21 November lalu, seramai 20 selebriti terkenal tanah air melakukan kegiatan amal tersebut di sekitar Pavillion dan mereka telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM10,000.

Usrah Fitrah merupakan kumpulan gabungan penggiat seni tanah air termasuk pelakon, penyanyi, wartawan, pereka fesyen, penulis dan pemuzik yang mendalami isian Islam serta menganjurkan acara-acara amal berbentuk kemasyarakatan untukmendekatkan diri dengan orang ramai serta golongan kurang bernasib baik.

Orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui Bank Islam Malaysia Berhad (No. Akaun: 1202-9010-0478-80) atau Maybank Malaysia Berhad (5622-6301-0787) atas nama 'Aman Palestin Berhad'.

Sumbangan juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip PALESTIN 10 (Jika nilai RM10) dan hantar ke 39111.

Sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.amanpalestin.net atau www.usrahfitrah.com.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan