Bunkface Labur RM200,000 Untuk Sistem Interaktif Album Baru

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bunkface yakin sistem AR dapat mengeratkan lagi hubungan artis dengan peminat dengan pelbagai aktiviti menerusi digital.
Bunkface yakin sistem AR dapat mengeratkan lagi hubungan artis dengan peminat dengan pelbagai aktiviti menerusi digital.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bunkface telah melaburkan sebanyak RM200,000 untuk menghasilkan sistem interaktif yang dipanggil Augmented Reality (AR) album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead khas untuk para peminat mereka.

Vokalisnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam, 26, berkata, mereka berani mempertaruhkan modal sebanyak itu selepas menyedari industri muzik dan teknologi telefon pintar sentiasa bergerak pantas.

"Kami bukan sahaja melihat ia sebagai satu bentuk yang membolehkan kami mudah berinteraksi dengan peminat tetapi juga ia sebagai satu cabang perniagaan selepas menyedari industri muzik dan teknologi bergerak dengan pantas.

"Walaupun AR ini masih baru dikalangan penduduk Asia tetapi kami yakin ia akan menjadi satu kegilaan kerana ia sangat mudah dan memberikan banyak manfaat kepada pengguna," ujarnya kepada mStar Online.

Sam ditemui ketika majlis pelancaran album terbaru kumpulan itu yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai AR, Sam berkata ia adalah aplikasi yang membolehkan pengguna mengimbas kulit album terbaru mereka di telefon pintar dan peminat boleh berinteraksi dengan kumpulan itu secara digital.

Menurut Sam, peminat perlu memuat turun aplikasi Blippers ke dalam telefon pintar yang menggunakan sistem IOS dan Android bagi membolehkan mereka berinteraksi terus tanpa perlu memasuki laman web lain untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Bunkface.

"Bukan sahaja maklumat atau lirik lagu tetapi mereka juga boleh menonton video, melihat imej dan mendengar lagu kami menerusi aplikasi itu dengan mudah.

"Ia cukup mudah dengan hanya membeli album terbaru kami mereka boleh mengimbas kulit album tersebut untuk mendapatkan lagi pelbagai maklumat mengenai kami," katanya.

Tambah Sam, untuk album Bunk Not Dead mereka akan melancarkan klip video lagu Dunia secara eksklusif menerusi aplikasi itu khas buat peminat mereka.

Sementara itu, album yang telah dilancarkan pertama kali empat bulan lalu itu mempunyai 13 buah lagu dan usahasama teknologi AR itu dibuat bersama syarikat Hunter Worldwide Interactive Sdn. Bhd. dan Galaxtar.com.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan